NegeriTerengganu

Kesabaran Umat Islam Ada Batasnya

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Kesabaran umat Islam tentu ada batasannya seumpama Khabib yang mengalahkan juara dalam dunia tinju disaat menerima penghinaan terhadap agama suci itu.

Seandainya sifat Khabib itu dicontohi oleh pemuda Islam. Maka PH akan bakal dikuburkan pada PRU 15 akan datang.

Ketua Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff berkata, sikap DAP memperlekehan sensitiviti umat Islam semakin dicabar oleh kerajaan PH.

“Semangat Khabib mestilah diteladani oleh pemuda Islam seluruh negara, jangan sesekali kita berpeluk tubuh, berdiam diri membiarkan Islam dibina persepsi yang negatif dan diperlekehkan,” ucapnya.

Menurutnya juka diamati dan dilihat kebelakangan ini, mereka semakin berani mencabar sensitiviti umat Islam di Malaysia kerana dengan sengaja ingin mencetuskan kemarahan umat Islam dengan menggunakan kuasa sebagai pemerintah untuk membenarkan penganjuran Oktober Fest.

“Hari ini dikejutkan pula dengan cadangan memansuhkan hukuman mati terhadap pesalah yang melakukan jenayah yang berat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Buletin Online, ketika ditemui pada Rabu, 17 Oktober.

Menurutnya pada masa kini umat Islam di Malaysia sedang berada didalam keadaan kecelaruan akan tindakan mereka.

“PH dilihat mengutamakan hak minoriti berbanding hak majoriti.

“Paling malang, Islam sebagai agama rasmi di Malaysia, seolah-olah ingin dihilangkan,” ujarnya.

Menurutnya, yang paling menyedihkan lagi ialah kerana terdapat segelintir agamawan Islam itu sendiri yang menyokong segala perbuatan dan rancangan mereka dengan hujah hujah yg sangat dangkal dan mesra serta berpihak kepada bukan Islam, yang membenarkan berlakunya perkara yang mencabar sensitiviti umat Islam

” Oleh kerana itu kaum minoriti ini makin besar kepala dan berani mencabar satu persatu perkara yang boleh mencetuskan menghakis kesatuan umat Islam di Malaysia dan malah mengugat kedudukan bangsa melayu itu sendiri sebagai kaum majoriti,” ucapnya.

Menurutnya tiada mustahil PH ditalkinkan lebih awal, jika wujud satu gelombang kebangkitan pemuda islam yang benar-benar menyayangi islam dan tanahair mereka.

“Bagi mencipta momentum ini. Pas mulai sekarang harus memikirkan satu kaedah bagaimana untuk mencetuskan kebangkitan ini,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️