Kerajaan Terengganu Cakna Kebajikan Rakyat
Oleh : Nooreni Abu Bakar
HULU TERENGGANU – Setelah 158 hari mentadbir Terengganu, kerajaan yang diterajui oleh Parti Islam Se-Malaysia(PAS) telah banyak janji-janji manifesto dilaksanakan kerana kecaknaan kebajikan rakyat.
Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media(LPHM), Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu(DMPNT), Hajah Zaiton Abas memberitahu sebanyak 20 tawaran manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang bertemakan Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.
“Baru-baru ini, Exco Perumahan mengumumkan sebanyak 710 Rumah Mampu Milik (RMM) akan dibina di empat tempat berasingan pada tahun ini”, terang beliau ketika menyampaikan ceramah Jelajah Manifesto di Pusat Tarbiyah Islamiah Al Muhsinin, Kuala Berang di sini pada 15 Oktober.
Beliau seterusnya menjelaskan ianya demi memastikan rakyat Terengganu yang berumur 21 tahun ke atas mempunyai satu tapak rumah kediaman atau satu unit rumah kediaman.
“Harga RM68, 000 seunit, bayaran bulanan antara RM 180 – 200 sebulan, Tajin(Kuala Berang) , Kemasik, Tok Jembal dan Besut”, katanya lagi.
Hajah Zaiton juga menyentuh Karnival Kahwin kali pertama secara percuma di mana seramai 176 pasangan telah mengambil bahagian.
Program anjuran LPHM, DMPNT peringkat Dewan Undangan Negeri Telemong itu telah dihadiri hampir 50 orang muslimat bersamaSetiausaha Muslimat PAS Hulu Terengganu Badariah Awangserta Ketua Lajnah Ekonominya, Sarina@Nurshuhada binti Mamat.