NegeriTerengganu

Orang Muda Mesti Bersiap Sedia

Oleh; Hailmey Mansor

KUALA NERUS- Orang muda mestilah persiapkan diri dan bersedia untuk menjadi pelapis pemimpin dalam perjuangan menegakkan agama Allah.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, mereka juga perlu menjadi contoh kepada pemuda-pemuda yang yang lain.

“Antaranya pemuda yang perlu dicontohi oleh orang muda ialah Hanif”, ujar beliau ketika mengunjungi Adik Wan Muhammad Hanif Wan Nasran di rumahnya di Kampung Batin di sini pada 3 Oktober.

Adik Wan Muhammad Hanif Wan Nasran yang akan berangkat ke Turki untuk menyambung pelajaran di sana pada Khamis, 4 Oktober.

Menurut Haji Fazil, sifat Hanif yang hampir sama kelakuan beliau dengan bapa saudaranya iaitu Haji Zakaria Dagang dan Al Marhum Ustaz Ismail Dagang.

“Saya mendoakan agar Hanif berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan menjadi contoh buat adik-adik DUN Seberang Takir agar dapat mencontohi beliau”, tambah beliau lagi yang juga merupakan Ketua Pemuda DUN Seberang Takir.

Hanif akan bertolak ke Kuala Lumpur International Airport(KLIA) bersama rombongan seramai 30 orang pelajar yang turut menyambung pelajaran di sana.

Antaranya ialah pelajar dari Madrasah Darul Ansar, Basung, Kuala Berang dan Maahad Darul Quran, Rusila.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️