Seruan Terakhir Hadir Ke Muktamar Muslimat PAS Kali Ke-58, 2018
Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU β Muslimat PAS Malaysia menyeru kepada semua para perwakilan dan pemerhati serta anggota muslimat seluruh negara untuk hadir ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-58.
Ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, hari ini adalah persiapan terakhir menjelang muktamar yang akan di adakan pada esok, 14 September 2018 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu.
βKita mengharapkan mudah -mudahan insya Allah muktamar kita berjalan dengan lancar,
βdan dikira sebagai amal soleh oleh Allah SWT,β katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada hari ini,Khamis, 13 September di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI).
katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa dan para petugas di atas segala usaha yang telah pun dilakukan bagi menjayakan Muktamar ini.
Justeru, sekali lagi beliau menyeru dan mengalu- alukan kepada semua pihak khususnya dalam majlis perasmian pada pagi esok.