Dewan Rosak Di Zaman BN Di Baik Pulih
Oleh:Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Dewan Orang Ramai Kampung Padang Pulut yang rosak teruk sejak zaman Umno-BN memerintah lagi telah dibaikpulih walaupun PAS baru beberapa bulan mengambil alih.
Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun memberitahu bukan sahaja bangunan malah tandas yang disediakan di dewan tersebut juga tidak dapat digunakan.
“Alhamdulillah tandas yang ada, rosak sudah dibaiki, dan boleh digunakan oleh masyarakat setempat”, ujar beliau yang ditemui ketika meninjau kerja-kerja membaikpulih, di sini pada 11 September.
Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN tersebut memuji Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Padang Pulut yang mengambil tindakan segera, memandangkan dewan itu merupakan pusat aktiviti masyarakat kampung tersebut.
“Diharapkan ada usaha daripada MPKK menentukan syarat-syarat penggunaan bangunan ini supaya ianya tidak digunakan sewenang-wenangnya”, katanya lagi.
Selain itu, tambah Alias lagi, kawasan sekitar dewan juga mestilah diceriakan supaya menjadi tarikan kepada orang ramai.