NegeriTerengganu

Pencerobohan Nelayan Asing Berkurangan

Oleh : Rohayati Ripin

MARANG – Perbincangan dengan Jabatan Perikanan dalam menangani masalah nelayan asing membuahkan apabila kadar pencerobohan di perairan berkurang secara mendadak, beberapa minggu mutakhir.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim berkata, seorang nelayan berusia 60 tahun yang tinggal di tepi pantai Seberang Takir hampir berputus asa untuk keluar ke laut kerana masalah tersebut.

“Letak unjam semalam tengok esok takdop (tiada)… letak bubu tengok tiada,

“kita sentiasa berbincang dengan Jabatan Perikanan dalam menangani masalah dan alhamdulillah beberapa minggu mutakhir ini laporan yang kita dapat kadar pencerobohan nelayan asing di perairan memang berkurang mendadak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Melabuh Unjam Di Perairan Marang pada hari ini, Ahad, 26 Ogos.

Menurutnya, ia adalah usaha segera jangka pendek yang bertujuan untuk memujuk supaya ikan balik semula ke zon tangkapan nelayan pantai.

Katanya, idea tersebut diilhamkan oleh Presiden PAS YB Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang semasa beliau berjumpa pada awal memikul tanggungjawab sebagai Exco kerajaan.

ADUN Jabi itu menambah, Ustaz Hadi merupakan orang yang alim di bidang lautan dan idea serta pandangannya adalah ‘praktikal’ dan ‘berpijak di bumi ‘nyata’.

“Agenda kita pagi ini nak buat rumah ikan…rumah mahal kita panggil tukun….rumah murah kos rendah kita buat unjam…..unjam daripada daun kelapa dan daun gelam,

“Kita terima aduan terutama daripada nelayan pantai berkaitan dengan kurangnya hasil tangkapan ikan yang menjadi sumber rezeki..sebab kita kenal pasti secara jelas pencerobohan nelayan pukat tunda di zon tangkapan nelayan pantai dan juga pencerobohan nelayan asing,

“Pukat tunda atau pukat kokok bukan setakat dia kokok habis hasil laut malah habis dia kokok unjang bumbu nelayan pantai,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️