Gerakan Dakwah Dan Perjuangan Islam Tidak Akan Mati
Oleh : Muhd Afiq Zohir
BESUT – Gerakan dakwah dan perjuangan Islam tidak akan mati, bahkan ia akan berterusan sehingga cita-cita serta matlamatnya dicapai.
Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Ahmad berkata, pendekatan yang digunakan dinegara ini ialah melalui sistem demokrasi.
“kepelbagaian pendekatan akan membentuk kematangan dalam perjuangan kita. Kerja- kerja selepas kerajaan dibentuk ialah bagaimana kita hendak perkukuhkan kerajaan.
“Setiap permasalahan kita mesti tagani secara praktikal seperti kelemahan pada program perlu diperbaiki,” ujarnya
Pegawai Penyelaras DUN Jertehitu bekata demikian ketika berucap kepada para petugas i-MiTS di Pejabat Penyelaras Dun Jerteh pada Ahad 26 Ogos.
Perjumpaan itu diadakan, menurut beliau, bagi memberi kefahaman kepada petugas tentang penting memahami organisasi.
Justeru itu, belau menggesa setiap petugas mestilah mempunyai jadual untuk memanfaatkan masa sepenuhnya sebagai wakil dan kakitangan kerajaan.
“Para petugas perlu memahami bidang tugas masing-masing serta membuat persediaan yang selengkapnya,” tambah beliau.