NegeriTerengganu

Tabung Galak Korban

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Pihak pengurusan surau Perumahan Taman Selasih, Kertih mewujudkan skim tabung korban untuk menggalakkan orang ramai yang kurang berkemampuan melaksanakan ibadah tersebut.

Pengerusinya Mat Kiai Mat Zin berkata, kemudahab tabungan itu telah diperkenalkan dan digerakkan sejak beberapa tahun yang lepas.

“Jemaah Surau Perumahan Taman Selasih Kertih kini boleh menunaikan ibadah korban dengan menyertai skim tabung korban dengan menyumbang serendah RM50 sebulan,

“skim simpanan yang diperkenalkan itu bukan sahaja menawarkan simpanan yang rendah, tetapi juga diuruskan secara sistematik,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Sheikh Zakia berkata demikian selepas berjaya menyelesaikan pengurusan korban empat ekor lembu hasil dari skim tabung ibadat korban berkenaan di perkarangan surau, di sini pada Rabu, 22 Ogos.

Katanya, kadar satu bahagian untuk ibadah korban bagi seekor lembu di pasaran sekarang adalah tinggi di antara RM600 hingga RM650.

“Skim simpanan serendah RM50 sebulan peserta akan dapat menunaikan ibadah selepas jumlah mencapai kadar satu bahagian ibadah korban berkenaan,

“Tabung ibadah korban yang diuruskan surau ini dijangka dapat mengumpul dan menguruskan dana sejumlah RM15,000 menjelang Hari Raya Korban tahun hadapan,” ujarnya.

Menurutnya, program ibadah korban dibuat saban tahun seebelum ini untuk menggalakkan para peserta menyertainya.

Turut hadir sama Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri Kemasik, Ustaz Muhamad Asri Kadir.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Tabung Korban Surau Perumahan Taman Selasih Kertih boleh diperoleh dengan menghubungi bendahari, Ustaz Ahmad Shukri Abd Kadir di talian ‭019 909 8823‬.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️