NegeriTerengganu

337 Ahli MPKK Kemaman Sertai Kem Jati Diri

Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU – Seramai 337  orang Ahli Jawtankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dari 126 buah kampung seluruh daerah Kemaman menyertai Kem Jati Diri J3K Terengganu Sejahtera.

Pengarah program kem tersebut, Ustaz Muhammad Ramlan Mahmood berkata, dari jumlah itu seramai 298 peserta lelaki manakala selebihnya (39 orang) adalah peserta perempuan, termasuk tiga peserta ‘non-muslim’.

“tiga orang kaum Tionghua dari MPKK Kampung Cina, Chukai Kemaman termasuk Pengerusinya, Lip Woon Chang, Setiausahanya Low Jin Lee dan Bendaharinya, Lee Hwa Jee.

“MPKK Kampung China mempunyai 16 Ahli Jawatankuasa termasuk dua orang berketurunan India, seorang Melayu dan selebihnya kaum Tionghua,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai pada Khamis, 2 Ogos.

Menurutnya, program yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk mempertingkatkan kefahaman dan motivasi diri ahli MPKK berdepan dengan kerenah masyarakat disamping menjaga imej kerajaan di peringkat akar umbi.

Katanya, program tersebut dipenuhi dengan enam slot khusus termasuk Slot Kesejahteraan Pentadbiran Desa, Budaya Politik Matang dan Sejahtera.

“(selain itu ada slot) Pengurusan Kewangan, Pembinaan Imej dan Hubungan Seranta, Komunikasi Awam, Pengurusan Kebajikan Rakyat (1) dan Pengurusan Kebajikan Rakyat (2).

“Ia diselang seli dengan kuliah maghrib, kuliah subuh, qiamullail dan riadah bermotivasi dari Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) dan perunding yang dilantik,” kata belliau

Katanya, kem selama tiga hari itu akan berakhir pada tengahari Sabtu 4 Ogos.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️