NegeriTerengganu

Visi NR Cafe Mahu Bangun ‘Pusat Tahfiz Ekonomi’

Oleh : Rohayati Ripin (RR)

KUALA TERENGGANU – NR (Nazmi Rohani) Café Heritage Sdn Bhd ingin menyempurnakan visi dan misi bagi melahirkan pengurusan f&B melalui institusi ‘Tahfiz Ekonomi’ untuk pasaran global.

Pengerusinya Haji Nazmi Ghazali berkata, ianya yang mana akan melahirkan tentera-tentera berjiwa jihad ekonomi ummah dalam industri halal.

“Dari satu cawangan kami telah berkembang kepada dua cawangan lain di negeri tereengganu dan pada tahun 2012 tertubuhnya NR Seafood Village (SME) serta pada tahun 2018 tertubuhnya NR D’Nyatuh (SME),

“dan telah beroperasi selama 12 tahun dengan berkonsepkan alam seni warisan serta mesra rimba,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan pembukaan restoran baru NR Cafe D’Nyatuh pada Isnin,9 Julai.

Katanya, kelainan restoran Nr D’ Nyatuh ini dengan yang lain seperti di Tok Jembal dan Mengabang Telipot ialah menu yang berasaskan menu diraja, masakan cina, masakan Thailand dan menu yang sihat berasakan olive oil.

“Visi Nr Café ialah menjadi peneraju industri produk makanan halal berkualiti tinggi dan berpengaruh memenuhi arus keperluan global,

“Manakala misinya pula untuk membangunkan peluang dan menyuburkan budaya usahwan korporat di setiap outlet yang diwujudkan,

“dan mengangkat martabat rekaan klasik kontemperari serta juadah seni warisan melayu di persada global,” ujarnya.

Menurutnya,moto yang digunakan ialah kenikmatan disebalik kedamaian di Nr Café.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️