Tutup Tahfiz Bukan Jalan Terbaik
KUALA TERENGGANU – Cadangan bekas menteri , Zainuddin Maidin (Zam) tentang penutupan tahfiz bukan jalan terbaik dan ada jalan penyelesainnya.
Yang Dipetua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr Yusri bin Mohamad berkata, perkara terbabit amat sensItif kerana berkaitan dengan soal agama Islam.
Beliau berkata, ia merupakan perkara di bawah naungan Raja-raja dan Majlis Agama dan bagi pihaknya, ia merupakan perkara ekstrem.
“saya yakin usaha menambah baik sekolah tahfiz adalah berterusan dengan kepimpinan kerajaan baru untuk meneliti perkara tersebut,” tegasnya pada sidang media sempena Majlis Hari Terbuka NGO Islam Terengganu,di Terengganu Equestrian Resort (TER) pada Isnin, 9 Julai.
Beliau berharap semua pihak memberikan masa serta sedia maklum bahawa isu ini berkaitan bersama umat Islam yang lain, memperkasakan sekolah tahfiz.
Cadangan Zam untuk menutup Sekolah Tahfiz adalah kerana beliau mendakwa, banyak kelemahan dari segi salah guna kewangan dan kepentingan individu.