NegeriTerengganu

Jentera PAS Sudah Bersedia

DUNGUN – PAS yakin semua jentera parti dari segenap lapisan telah bersedia daripada awal dengan persiapan gerak kerja untuk mempertahankan kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 pada 9 mei nanti.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, YB Cikgu Haji Alias Harun berkata, PAS menghambarkan budaya politik matang sejahtera kepada jentera parti untuk memberikan maklumat kepada pengundi berkenaan manifesto PAS dan dasar parti.

“Dua perkara penting ditekankan dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) iaitu dasar PAS dan dasar parti lawan serta tawaran manifesto PAS untuk rakyat,

“Dan mungkin pada PRU yang lalu budaya politik matang dan sejahtera ini belum lagi diamalkan tapi sekarang ini sudah dilaksanakan,” katanya.

Beliau yang juga calon PAS N26 DUN Rantau Abang berkata demikian selepas penamaan calon pada Sabtu, 28 April.

Katanya, walaupun tiada sumber dan peruntukan Yang Berhormat (YB) daripada kerajaan tetapi PAS boleh buat program bersama masyarakat.

“Alhamdulillah hasil daripada sumbangan penyokong kita boleh buat sekadar termampu dengan kemampuan yang ada,

“Dan pada hari ini pun dalam perarakan penamaan calon kita tidak benarkan apa sahaja ‘banner’ yang melibatkan ‘provokasi’ ataupun laungan bermusuhan dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Justeru,PAS cuba menarik seramai mungkin rakyat untuk melihat apa yang PAS tawarkan adalah yang terbaik untuk buat penyelesaian dan kita tidak hanya sebut tentang isu tapi bermain dengan politik dan penyelesaiannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️