NegeriTerengganu

Bertanding Bukan Mahu Jadi Pembangkang

KUALA TERENGGANU – PAS masuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 kali ini tidak mahu jadi pembangkang tetapi ingin menjadi sebuah parti kerajaan Gagasan Sejahtera.

Naib Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, kita biarkan Umno dan Barisan Nasional pula menjadi pembangkang dan PAS tegakkan Terengganu Maju Malaysia yang sejahtera.

“Kita diingatkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang dan kepimpinan PAS bahawa tunjukkan budaya politik matang sejahtera,

“dan kita mengambil alih kerajaan dengan mewujudkan kesejahteraan kepada rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas penamaan calon, pada Sabtu 28 April.

Katanya, di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum antaranya melayu, cina, Islam, Buddha dan kristian yang mana mereka juga jadi rakyat di bawah kepimpinan Islam.

Dan mereka boleh merasa kesejahteraan dengan kematangan dan kesejahteraan ditunjulkan oleh kepimpinan islam.

“PAS memohon agar kita menjaga akhlak sebagai seorang pejuang Islam semoga dapat melembutkan hati merek yang jauh dengan kita,

“Dan kita memohon kepda Allah meminta pertolongan kepada kita dengan jumlah yang ramai bukan jaminan menang pilihan raya,”ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang Dato’ Haji tengku Hassan Tengku Omar berkata, PAS mempunyai harapan yang tinggi untuk kembali memerintah negeri Terengganu.

“kehadiran ahli dan penyokong PAS membuktikan bahawa kita dalam perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah ,

Dan marilah sama-sama kita maju ke depan menyokong parti PAS untuk kembali ke Wisma Darul Iman,”tambah beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️