Belanja Pembangunan Buat Rakyat Terbeban
KUALA NERUS – Kos perbelanjaan membangun sesebuah projek menelan kewangan besar ketika ekonomi jatuh yang menyebabkan kenaikan harga barang dan rakyat terbeban dengan kos sara hidup .
Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus Haji Mohd Fazil Wahab berkata, rakyat tidak menolak pembangunan tetapi kos perbelanjaan perlu dikurangkan.
“Satu projek yang menelan belanja RM 60 juta dijangka siap tahun 2019 dibangunkan oleh Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir Dato Seri Ahmad RAzif Abd Rahman merupakan jambatan sehingga sampai ke airpot,
“Pembinaan dibuat melibatkan kawasan persisiran pantai yang menyebabkan kemusnahan alam sekitar dan juga hakisan ombak berlaku,
“Sedangkan kita ada ‘alternative’ lain iaitu ada jalan berhampiran sahaja boleh dibuat dan diperbesarkan,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media ketika minum pagi bersama penduduk di Teluk Ketapang pada Jumaat, 27 April.
Katanya, ia bukan bermakna PAS menolak pembangunan, sebaliknya, kos perbelanjaan itu sepatutnya boleh digunakan untuk perkara lain, tetapi kerajaan BN taburkan dalam projek yang tidak sepatutnya dibuat.
“saya berharap rakyat di DUN Seeberang Takir bijak membuat keputusan dan membuat perubahan pada PRU ke 14 kali ini serta yakin akan berlaku perubahan yang besar,
“Dan rakyat yang berada diluar kawasan Terengganu supaya balik kerumah masing-masing serta buat satu keputusan yang bijak dalam menentukan masa depan negara.
Justeru, saya menyeru kepada perarakan penyokong dan pendokong PAS turun beramai-ramai ke penamaan calon pada 29 April bagi menyatakan sokongan kepada parti PAS.
“Dan ia rangka (tanda) memberi (gambaran) sebagai tanda kemenangan kita serta yakin dan percaya kita akan memerintah negeri Terengganu,” tegasnya.