NegeriTerengganu

Pemberian Kerajaan Tidak Membantu Rakyat

MARANG – Bantuan yang diberikan oleh kerajaan BN kepada golongan miskin tidak membantu mereka dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kos sara hidup adalah satu isu yang besar yang berlaku bukan sahaja di negeri Terengganu bahkan di selurun negara.

“Tidak dinafikan bantuan yang diberikan adalah perkara yang baik tetapi cara bantuan dan kuantiti amaun yang diberikan hendaklah bersesuaian dengan kesusahan yang dialami oleh rakyat,

“masalah kenaikan barang dalam kehidupan seharian yang sangat menekankan golongan yang berpendapatan rendah,

“maka komitmen daripada pihak kerajaan adalah sangat penting dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dialami oleh rakyat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak ketika menziarahi penduduk, bersama isterinya, di Kampung Sungai Kerak, Rhu Rendang pada Khamis, 26 April.

Katanya, sepatutnya pihak kerajaan boleh buat secara yang lebih baik kepada kehidupan rakyat bukan mengabaikannya seperti yang berlaku sekarang.

“Kita percaya bahawa ada berlaku kelemahan dan kesilapan pada kerajaan sekarang,

“dan tidak dinafikan kebaikan yang dibuat tetapi kelamahan tetap ada terutama dari segi pelaksanan aktiviti program kebajikan untuk rakyat,”ujarnya.

Menurut calon PAS bagi DUN Rhu Rendang itu, PAS sangat komited untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan menawarkan pelbagai perkara dalam manifesto PAS secara menyeluruh di Terengganu dan di peringkat Malaysia secara amnya.

Selain mempunyai polisi-polisi yang jelas, kata beliau, dalam masa yang sama sebenarnya kita berbangga dengan pelaksanaan yang tidak berlaku ketirisan dan rasuah serta penyelewengan.

Tegasnya, ia sebagaimana yang dibuktikan dalam parlimen dan pengakuan pihak pihak kerajaan pada bulan lepas.

“Banyak aspek sebenarnya yang boleh dipertimbangkan iaitu aspek penjagaan kesihatan dikalangan rakyat kita yang masih lagi tidak begitu selesai,

”dan memerlukan anjakan baru terhadap polisi kerajaan samada di peringkat pusat yang menjaga kementerian Kesihatan ataupun dari segi pelaksanaan peringkat negeri yang boleh dipertingkatkan kecekapan,” jelas beliau.

Justeru, katanya, PAS menawarkan cara yang lebih cermat kepada rakyat secara keseluruhannya dengan menggunakan sistem demokrasi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 14 untuk sama-sama melakukan perubahan.

“Dan percaya PAS pada kali ini menawarkan calon-calon yang ingin melakukan perubahan kerana mereka sendiri memahami sebenarnya masalah yang dihadapi oleh rakyat,” katanya yakin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️