Cukai GST; Rakyat Luah Perasaan
BESUT – Rakyat meluahkan rasa terbeban dengan Sistem cukai dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menyusahkan masyarakat.
Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Haji Wan Azhar Wan Ahmad berkata, rakyat berharap PAS akan mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 pada 9 Mei nanti.
“Isu GST yang membebankan pengguna adalah antara bahan perbualan yang merancakkan sehingga seorang Tionghua bangun dan istiharkan untuk belanja semua yang hadir,
“Lebih mengejutkan bilamana dia (rakyat) mintak calon PAS menyimpan duit untuk mengisi minyak kereta,
“Dan berharap dapat bergerak untuk menemui seramai mungkin rakyat di Jerteh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu GST dalam program sembang kedai kopi pada Ahad, 22 April.
Katanya, Majlis Tindakan DUN (MTD) Jerteh merancakkan gerakan kempen dari rumah ke rumah dalam menyantuni pengundi untuk menghadapi PRU ke 14 pada 9 Mei 2018.
“Di samping itu, calon PAS DUN Jerteh juga bergerak untuk menziarahi pesakit di hospital Pasir Putih yang bersempadan dengan Besut,
Dan di sebelah malamnya, ustaz Wan Azhar turut menziarahi seorang pesakit yang di serang angin ahmar serta meneruskan aktiviti ceramah di pos Alor Selising,”ujar beliau lagi.