NegeriTerengganu

PAS Akan Tutup Segala Ketirisan Dan Usaha Tingkat Pendapatan Negeri

KEMAMAN – PAS akan menutup segala ketirisan ekonomi disamping berusaha meningkatkan lagi pendapatan negeri sekiranya diberi mandat memerintah pemerintahan negeri Terengganu dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Air Putih Cikgu Abdul Razak Ibrahim berkata, rakyat tidak perlu ragu dengan kemampuan PAS kerana ketika era pemerintahan pada tahun 1999 sehingga 2004 PAS telah berjaya melaksanakan semua janji manifesto semasa PRU ke 13 yang lalu.

Katanya, sekiranya PAS diberi peluang memerintah lagi PAS akan perbanyakkan lagi kebajikan kepada rakyat.

“Program agihan minyak petrol percuma menggamit kehadiran memberangsangkan dan melebar kemesraan antara PAS dengan penduduk tempatan,

“Dan lebih daripada 200 botol yang setiapnya berisipadu 1.5 liter habis mengisi tangki-tangki motorsikal para pemuda dan muslimin serta muslimat sekitar Pekan Cheneh,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam program agihan petrol percuma di Cheneh di DUN Air Putih, Jumaat, 20 April.

Walaupun sumbangan itu tidak seberapa nilainya tetapi para pengunjung amat berterima kasih diatas kecaknaan pimpinan PAS kepada rakyat yang kini berada dalam tekanan hidup akibat Sistem Cukai dan Perkhidmatan (GST).

“Program ini bertujuan untuk meringankan sedikit bebanan hidup rakyat di luar bandar,

“Dan Kepuasan terpancar daripada riak muka dan senyuman daripada rakyat ketika menyambut salam Cikgu Razak,”ujarnya.

Tambah beliau lagi, di sebelah malamnya diadakan program bakar ayam sambil menyaksikan wayang pacak serta diadakan cabutan bertuah.

Kehadiran mencecah 300 orang mencapai objektif yang diharapkan sebagai ‘signal’ perubahan akan berlaku di Cheneh.

Seorang pengunjung yang dikenali dengan Wafi berkata, program seperti ini sangat molek agar masyarakat dapat melihat bagaiman pemimpin PAS turun dalam masyarakat menerangkan isu-isu semasa secara terus.

Beliau merupakan salah seorang calon PAS bagi N32 DUN Air Putih yang telah diisytiharkan pada 19 April di Dewan Tok Guru, Rusila dalam Majlis Pengisytiharan calon-calon PAS negeri Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️