Skuad Muslimat Sedia Berkhidmat
KUALA NERUS – Skuad Khidmat Muslimat Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu sentiasa bersiap sedia untuk memberi khidmat kepada masyarakat setempat
Ketuanya Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata sukarelawan Muslimat sedia menjadi petugas utuk majlis perkahwinan, gotong royong membersih rumah dan lain-lain.
“Pelbagai aktiviti telah melalui Karnival Wanita seperti program perkongsian ilmu, motivasi, pendidikan kesihatan, pendidikan undang-undang hak wanita,
”bacaan Yasin dan munajat, rehlah dan senaman, rawatan doktor dan syifa’ percuma, gotong royong oleh Pasukan Skuad Khidmat,” ujar beliau yang juga Pengarah Karnival.
Beliau berkata demikian pada Selasa 13 Mac, ketika meraikan para petugas Karnival yang telah berlangsung selama tiga hari dari 8 hingga 10 Mac di Kampung Kesom Alor Rekang.
Oleh itu beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, pengunjung ahli dan peyokong PAS yang telah sama-sama menjayakan program tersebut.
“Alhamdulillah….program ini (karnival) mendapat sambutan yang sangat baik terutama daripada golongan wanita bahkan ada diantara mereka yang hadir,
”saya tidak pernah lihat mereka di program PAS sebelum ini,” tegas beliau.
Justeru, beliau menawarkan khidmat sukarela tersebut kepada semua penduduk Teluk Pasu dan menyeru agar mereka bersama-sama PAS.
“Saya menyeru seluruh masyarakat di Dun Teluk Pasu, khususnya Golongan Wanita agar sentiasa bersama Muslimat PAS,
”melalui pelbagai program yang telah kami susun untuk manfaat diri, keluarga dan masyarakat,”jelasnya.
Beliau juga menyeru kepada semua golongan Wanita dalam Dun Teluk Pasu agar memilh PAS pada PRU ke 14 nanti.