NegeriTerengganu

Selepas Masalah Khinzir, Kera Pula Ganggu Penduduk

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Masalah demi masalah, membabitkan binatang liar yang merungsingkan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam terutama kepada mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan belukar dan semak samun.

Wakil Rakyat PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, isterinya terkejut apabila melihat khinzir (babi) melintas betul-betul di depan rumahnya dan menuju ke jalan raya.

”Alhamdulillah…….masa tu tak banyak kenderaan lalu lalang……..kalau tak, pasti melibatkan kemalangan,” ujar beliau ketika di temui pada program ziarah ke rumah warga emas, pada Rabu 14 Mac.

Katanya, isu binatang liar itu, yang disuarakan beliau pada Persidangan Dewan Undangan Negeri lalu, masih berkeliaran dan belum mendapat maklum balas daripada pihak berwajib.

Sehubungan itu, seorang suri rumah Wan Syarifah Wan Su mengeluh kerana kehadiran ‘tetamu yang tidak diundang’, di sekitar kejiranannya berhampiran pasar borong Gong Pauh.

“saya dengar bunyi benda bising di luar rumah…….bila buka pintu (dan) intai, (ada) beberapa ekor kera sedang menyelongkar barang di atas meja depan rumah saya,

”nasib baik rumah saya ada jeriji besi, jika tidak pasti binatang ni dah melompat masuk kerana tindak tanduknya nampak nampak agresif,” kata beliau.

Oleh itu, Haji Wahid yang mendengar aduan tersebut berkata, kisah babi belum selesai bahkan tidak nampak kesungguhan agensi kerajaan terbabit untuk menyelesaikannya.

”Nampak pihak berwajib sekadar membenteras macam melepas batuk di tangga……..tidak bersungguh kerana babi ni dah (beranai) siang……siang hari merayau dalam kampung,

”sekarang kera pula………semua ni perlu kepada tindakan segera pihak kerajaan,” katanya.

Seorang warga emas yang di temui di Kampung Gong Benjok berkata, “sekarang nak lepas cucu cicit main petang petang hari risau,”

”sebab pukul 5 petang babi ni dah keluar merayau rayau dan (kalau kita) baling dengan batu (cuba halau) pun tak takut ke orang,

”saya harap sangat-sangat (agensi terbabit) untuk mari jenguk…….jangan buat sekali ‘pahtu’ tak mari mari,” kata Safie Abas, 63, ketika di minta mengulas isu berkaitan.

Berita berkait;

Isu Babi Berkeliaran Jangan Dipandang Remeh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️