BeritaSabah

​Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah prihatin terhadap mangsa banjir Kota Belud.

20 Disember 2017

Oleh : Laila Ismail

SANDAKAN : Banjir kali ini semakin membimbangkan kerana saban tahun masalah ini pasti berlaku bila sahaja tiba musim tengkujuh dan menyebabkan harta benda awam rosak serta menuntut kos yang banyak untuk dibaiki.

Demikian kata Norsah Bongsu, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah semasa turun menziarahi mangsa banjir di pusat pemindahan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi.

Sebanyak 1,685 orang daripada 719 keluarga masih berada di enam pusat pemindahan banjir di Daerah Kota Belud dan Daerah Kecil Membakut sehingga 14 Disember lepas.

Norsah Bongsu sempat turun melawat sepuluh buah rumah golongan asnaf dan ibu tunggal di Kampung Marabah dan menghulurkan beberapa sumbangan barangan dapur Β bagi menampung keperluan harian dan keperluan wanita.

PAS melalui jenteranya seperti PAS Kawasan, Pemuda dan Ulamak , Dewan Muslimat, Jabatan Amal Malaysia, Muslimat Muda PAS iaitu Briged dan Ameerah, telah dikerahkan secara berjadual sejak awal musibah lagi bagi membantu mangsa banjir yang meliputi ziarah mahabbah, dapur rakyat, agihan sumbangan dan pembersihan.

Ziarah ini turut mendapat kerjasama dari Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah. Turut serta dalam ziarah ini adalah Norlia Omar dan Noosaidah Anwar selaku Muslimat Muda PAS Sabah.

Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang serius dalam menangani isu bencana alam yang sering berlaku di Sabah.

Kes Cikgu Azizan:Kemenangan Moral Bagi Warga Pendidik, Hak Guru Perlu Dilindungi KPM Sewaktu Menjalankan Tugas

Artikel PAS Pulau Pinang

Himpunan Anak Muda 2.0 Pulau Pinang : Aktiviti Untuk Masyarakat

Artikel PAS Kelantan

Wisma Tok Guru Salor: Bicara saman pemula Husam 4 Jan

tdBlocksArray.push(Terkini

Kes Cikgu Azizan:Kemenangan Moral Bagi Warga Pendidik, Hak Guru Perlu Dilindungi KPM Sewaktu Menjalankan…

21/12/2017

Himpunan Anak Muda 2.0 Pulau Pinang : Aktiviti Untuk Masyarakat

21/12/2017

Pemaju Tidak Boleh Memaksa Pembeli Rumah Kos Rendah Menerima Pakej β€œUpgrading” (Menaiktaraf)

21/12/2017

Punca Pecah Pakatan Rakyat

21/12/2017Copyright Β© 2014 PAS Pusat. All Rights Reserved. Dibangunkan dan diselenggara oleh Jabatan IT PAS Pusat. Pejabat Agung PAS Pusat, No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel 03-26925000. Fax 03-26938399. www.pas.org.my .white-popup-block:before { background-image: url(‘https://berita.pas.org.my/wp-content/uploads/2017/08/p4.jpg’); } _stq = window._stq || []; _stq.push([ ‘view’, {v:’ext’,j:’1:5.6′,blog:’137350280′,post:’14198′,tz:’8′,srv:’berita.pas.org.my’} ]); _stq.push([ ‘clickTrackerInit’, ‘137350280’, ‘14198’ ]); ) } in_page' } // 'change' handler is written as function because it's called by tdc_on_add_css_live_components (of wp_footer hook) // We did it to reattach the existing compiled css to the new content received from server. // if (

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️