Siaran Langsung ‘Facebook’ Senjata Baharu Penerangan Terengganu
Oleh : Therina Jopri
KEMAMAN – Siaran langsung (Live) menjadi senjata baru Penerangan PAS Terengganu dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang semakin hampir.
Selain penulisan berita yang berkesan dan teknik pantas, para petugas Penerangan PAS Terengganu seharusnya berkemahiran menggunakan teknik Siaran Langsung ‘Facebook’ untuk membuat liputan semasa program.
Teknik itu, menurut Ketua Lajnah Teknologi Maklumat Pemuda PAS Chukai, Ahmad perlu dikuasai sebelum melakukan sesuatu liputan.
Ia bagi mengelakkan masalah teknikal yang mungkin dihadapi seperti terputus siaran atau orientasi siaran video yang salah.
“Dengan kaedah hebahan yang betul seperti berkongsi pautan Siaran Langsung ‘Facebook’ ke kumpulan ‘Whatsapp’ dan Laman ‘Facebook’ kita akan pastikan ramai orang yang akan mengikuti lintas langsung tersebut,
“Zaman sekarang ramai orang yang berat hendak hadiri majlis dan program PAS. Mereka lebih suka dan mudah untuk ikuti perkembangan parti melalui Siaran Langsung ‘Facebook’,” jelasnya.
Beliau berkata demikian semasa penyampaikan modul pengurusan Siaran Langsung ‘Facebook’, pada Bengkel Penulisan Berita dan Video yang di adakan pada Sabtu, 11 November, bertempat di Dewan Radhatul Quran, Bukit Kuang.
Bengkel yang dihadiri oleh hampir 30 orang Jawatankuasa IT dan Penerangan DUN, telah di anjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Kawasan Kemaman dengan kerjasama Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu dan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI).
Justeru itu, Ezani menegaskan “penggunaan Siaran Langsung ‘Facebook’ secara bijak akan memastikan maklumat dapat disampaikan dengan pantas kepada semua”.