RM500,000 Untuk Rohingya; Tanggungjawab PAS Menegakkan Islam
MARANG – Kejayaan mengutip melebihi RM500,000 untuk pelarian Rohingya adalah tanggungjawab PAS untuk menegakkan Islam dan melaksanakan syariat Allah SWT di atas muka bumi ini.
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Husain Awang berkata, rakyat mampu untuk bangkit memberikan sumbangan kepada masyarakat antarabangsa.
Namun begitu, beliau kesal kerana umat Islam sering dipersalahkan dan dilabel sebagai pengganas.
“Apabila berlakunya sesuatu tindakan keras ataupun tindakan tegas yang dilakukan oleh orang Islam terhadap pemimpin yang zalim maka dikatakan umat Islam adalah golongan pengganas,
“Umat Islam dituduh mengajar keganasan dan berlaku apa jua yang dilakukan oleh umat Islam sekalipun, ianya bukan ajaran daripada Islam,
“Tetapi kenapa Islam yang dituduh sebagai pengganas dan pelampau serta tidak berperikemanusian,” katanya.
Ahli Majlis Syura Ulama PAS itu berkata demikian dalam ucapannya sempena ‘Malam Untukmu Rohingya di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Khamis, 9 November, di sini.
Sebaliknya, tegas beliau ketika pembunuhan terhadap umat Islam berlaku di Bosnia Herzegovina, tidak ada mana-mana pemimpin dunia yang mengatakan bahawa golongan Serbia adalah golongan pengganas.
Sedangkan, ekstremis itu yang mengajar kepada keganasan yang menzalimi rakyat dan sebagainya.
“Semua penindasan yang dilakukan oleh kerajaan zalim yang kufur kepada rakyat Islam berlaku di Palestin dan Filipina serta Pattani (tidak digelar pengganas),
“Tetapi apabila ianya berlaku oleh kumpulan Islam sekalipun kumpulan itu kecil maka ianya dianggap sebagai keganasan sebagai golongan pengganas.
“Inilah nilai yang sedang dilakukan oleh masyarakat antarabangsa terhadap agama kita terhadap umat kita umat Islam ini,” ujar beliau.
Tambah beliau, semua ini adalah semata-mata kerana tidak mahu melihat Islam kembali menjadi satu dasar hidup daripada masyarakat dunia kepada masyarakat umat Islam sendiri.
“Syariat Allah dan ajaran Islam yang diwarisi daripada para sahabat dan juga para thabiin yang lalu adalah suatu ajaran, suatu syariat dan perundangan serta tata sosial yang memberi jaminan keselamatan kepada manusia seluruhnya,
“Inilah hasil daripada kesedaran bagaimana saudara-saudara kita di serata dunia sedang di tindas dan di aniayai oleh golongan kuffar dan golongan-golongan zalim,”ujarnya.
Oleh itu, beliau mengajak seluruh rakyat sama-sama kita berdoa kepada Allah supaya kekuatan kapada Rohingya yang telah dan sedang dianiyai dan dizalimi, semoga mereka di berikan kekuatan iman dan keyakinan.