Kerajaan ‘Tiada Hati Perut’
Oleh : Khalid Abdullah
KEMAMAN – Kerajaan Malaysia pimpinan Umno yang memerintah negara sekarang ‘tidak ada hati perut’ dalam menangani masalah harga minyak.
Timbalan Pengarah PAS Dun Kemasik, Ir. Saifulazmi Suhaili berkata, pemimpin negara perlu jujur dan tidak terus berdalih kerana tindakan menaikkan harga, memberi kesan yang besar kepada kos sara hidup rakyat.
“Isu kenaikan saban minggu harga minyak perlu di urus dengan penuh jujur kerana kita yakin keborosan pemerintah dalam mentadbir negara adalah faktor utama, yang menyebabkan pemerintah tidak mampu mentadbir dengan baik,
“Kesannya sangat besar dalam menjaga kestabilan rakyat,” tegasnya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenaikan harga minyak minggu ini yang diumumkan pada petang Rabu, 8 November semalam.
Menurutnya, tekanan hidup terus meningkat dengan kenaikan berterusan harga bahan bakar itu
“harga barang melambung diburukkan lagi dengan GST (sedangkan) gaji masih ditakuk lama……. malah peluang pekerjaan juga semakin menyusut,” jelasnya.
Kata Saifulazmi, apa lagi yang boleh diharapkan lagi dan perlu diganti pada pilihan raya umum yang akan datang.
Semalam, kerajaan mengumumkan harga minyak pada minggu ini bermula pada 09 hingga 15 November mencatatkan kenaikan dengan RON95 bertambah tujuh sen menjadikan RM2.31 se liter.
Minyak RON97 naik enam sen kepada RM2.60 se liter dan diesel juga naik tiga sen kepada RM2.20 se liter.