NegeriTerengganu

SPR Jadi ‘Alat’ Umno-BN

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi ‘alat’ bagi mengekalkan kemenangan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, YB Ustaz Ariffin Deraman menegaskan asas dakwaan SPR menjadi alat Umno berdasarkan banyak berlaku perkara pelik dalam proses daftar pemilihnya.

Menurutnya, tindakan SPR sebelum ini menimbulkan persoalan besar apabila memihak kepada Orang Kena Bantah (OKB), sedangkan pihak terlibat tidak hadir sepanjang siasatan awam diperdengarkan 30 Oktober lalu.

“Pada saya SPR mutakhir ini khususnya di Terengganu telah menjadi ‘alat’ kepada Umno dan Barisan Nasional. Saya hendak fokus kepada isu inkuari awam atau siasatan awam SPR dalam (isu) daftar pemilih.

“Apabila seseorang itu berdaftar sebagai pemilih akan diadakan siasatan awam oleh pihak SPR. Ada aduan yang kita (PAS) terima berlaku kemasukkan pengundi-pengundi yang tidak sepatutnya masuk dalam mana-mana pusat mengundi.

“Di mana, Perlembagaan Persekutuan bahagian 8 pilihan raya Perkara 119, kelayakkan pemilih, pertama mestilah bermastautin di dalam satu kawasan pilihan raya pada tarikh kelayakkan.

“Kita dapati ada yang tidak manasabah, antaranya berlaku kemasukkan yang luar biasa di beberapa kawasan Dun dan Parlimen,” tegasnya dalam satu sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, pada Rabu 8 Oktober lalu.

Hadir sama pada sidang media itu, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Soud Said.

Ustaz Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat berkata tidak manasabah berlaku pemindahan yang meragukan dari kawasan yang sama.

“Sekarang ini SPR dalam proses semakan dan bantahan untuk suku ketiga (Julai-September). Pada suku kedua, contohnya Unit Peti Undi (UPU) Jalan kenangan di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Burok.

“Perpindahan masuk 102 orang dari Kemaman sahaja 73 orang dimasukkan ke satu UPU Jalan Kenanga, Batu Burok. Kemudian, kita dapati pada suku ketiga juga daripada 65 orang pengundi pindah 34 orang juga daripada Kemaman.

“Ini menunjukkan ada satu gerakan dibuat dan pihak PAS membuat bantahan melalui petugas kita di UPU Jalan Kenanga itu. Lalu dibuat siasatan awam pada 30 Oktober oleh SPR,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️