πŸ”΄ TERKINI
Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN
Perlis

Muslimat PAS Perlis Anjur Walkhunt Dekati Pengundi

Oleh : Nur Hazwani Zabaniah.

PADANG BESAR : ‘Walkhunt’, satu pertandingan anjuran Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis telah bemula semalam.

DUN Santan dalam Parlimen Padang Besar telah dipilih sebagai pembuka siri pertama pertandingan Walkhunt yang diadakan pada 4 November yang lalu.

Hujan pada pagi hari tidak menghalang sembilan kumpulan peserta yang dianggotai oleh petugas-petugas muslimat PAS seluruh Negeri Perlis untuk berkumpul seawal jam 8 pagi di Markas PAS Santan Hilir.

Sesi taklimat dan pelepasan peserta disempurnakan oleh Pengarah Program Walkhunt, Puan Che Sabariah manakala Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Padang Besar, Ustaz Abdul Rashid mengimamkan bacaan doa.

Program yang julung-julung kali diadakan itu turut mendapat perhatian Timbalan Yang Di Pertua Kawasan Padang Besar, Tuan Haji Mohammad Ali Putih yang memuji semangat muslimat dalam menyampaikan risalah dakwah PAS kepada penduduk setempat.

Beliau juga berharap usaha dakwah seperti ini akan diteruskan lagi pada sesi akan datang.

Pertandingan berakhir pada jam 12 tengah hari dengan sesi penyampaian hadiah kepada para peserta.

Siri kedua dan ketiga Walkhunt ini akan diadakan pada 12 November di Kangar manakala di Arau pula pada 18 November nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️