‘Ibu Segala Bajet’, Tapi Hakikat Sebaliknya……
KUALA TERENGGANU – Walaupun ada yang menyebut bajet 2018 yang dibentangkan minggu lalu, sebagai ‘ibu segala bajet’, tetapi sebaliknya apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Ustaz Ahmad Shah Mohamed berkata, hakikatnya rakyat duduk dalam keadaan yang sangat tertekan.
“ada yang berkata bajet yang dibentangkan adalah ibu segala bajet…….memang kita tengok sura khabar, Menteri kata, ekonomi kita bagus,
“tapi kalau tuan-tuan berjalan turun ke dalam masyarakat, berjalan pergi ke kedai-kedai, ke pejabat dan ke warung-warung….mereka tak pernah bercakap tentang eknomi kita hebat,
“semua bercakap tentang kepayahan dan keperitan, perniagaan susah tak ada orang membeli…..barang mahal, harga barang melambung tinggi,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Pasca Fastaqim, pada Khamis malam, 2 November di sini.
Justeru beliau merasa hairan bagaimana ada di kalangan rakyat Malaysia yang terus memuji-muji bajet 2018, sedangkan ia adalah satu belanjawan ‘hutang’, apabila perbelanjaan yang dianggarkan adalah melebihi pendapatan negara.
Dalam pada itu, kata beliau, gejala rasuah dan penyelewengan terus berleluasa apabila tiap-tiap hari, media melaporkan ‘tangkapan demi tangkapan’ dibuat.
“rasuah di sana-sini…….ada yang melibatkan ‘orang besar’ (kerajaan Umno dan BN) sampai kepada Menteri pun (terlibat),” tegas beliau.
Oleh itu, beliau menyeru semua rakyat memberi sokongan kepada PAS bagi menggantikan Umno, parti yang telah terbukti kecemerlangannya memerintah negeri Kelantan.
Katanya, sudah mencecah 27 tahun daripada tahun 1990 sehingga sekarang, belum ada satu kes yang dilapor dan didakwa, melibatkan salah laku para pemimpin negeri Kelantan.