Tanggungjawab PRU14: Selamatkan Lima Perkara Penting
Oleh : Sharifah Azlina Syed Ismail
KUALA TERENGGANU – Muslimat dan Ameerah mempunyai peranan yang besar pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) untuk selamatkan lima perkara penting yang menjadi ‘tonggak’ Islam, sebagai satu misi menawan Terengganu.
Pengarah Jabatan Pilihanraya Muslimat Negeri Terengganu Hajah Shamsiah Abu Bakar berkata ia sebagai sebagai satu misi menawan negeri ini untuk menjaga akal, nyawa, harta, keturunan dan agama.
“Untuk memastikan rakyat selamat, kita kena kembali kepada Islam. PRU 14 nanti, Islam memerintah, In shaa Allah,
“51 peratus daripada jumlah pengundi adalah wanita, manakala 70 peratus adalah terdiri dari anak muda yang berumur 21 hingga 40 tahun , yang bakal merubah landskap politik negeri atau negara”, tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hi-Tea Amal sempena Pentas Muslimat anjuran Jabatan Pilihan Raya Muslimat Kawasan Kuala Terengganu di sebuah restoran di Kuala Terengganu, Khamis 2 November.
Oleh itu, kata beliau, para petugas perlu memahami tanggungjawab itu dan mampu mengubah minda serta hati pengundi.
Menurutnya, kelima-lima perkara penting sudah berkecai akibat gejala sosial dan jenayah yang semakin berleluasa yang menuntut kita turun menemui para pengundi.
Sehubungan itu, berucap pada majlis yang sama, Pengarah Ameerah Negeri Hajah Zuraida Mohd Noor menegaskan perjuangan Islam bukanlah satu pilihan.
“tapi (ia) merupakan satu kewajipan dibahu masing-masing. Allah menciptakan kamu mempunyai tugas, Dialah menjadikan kamu mempunyai tugas,
“Dialah menjadikan sesuatu untuk kamu,” kata beliau, mengulang apa yang pernah diucapkan oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat.
Justeru, belaiau menyeru rakan-rakan dari kelompok wanita muda agar untuk memenuhi tuntutan Islam, berlandaskan al-Quran dan sunnah”.
“Ameerah kena memahami misi dan visi perjuangan kita.Landskap berubah bila kita dapat menawan Terengganu.In shaa Allah,” tambah beliau.