NegeriTerengganu

PAS Mampu Tadbir Terengganu Walau Royalti Minyak Di Sekat

KUALA NERUS – Ketika era pentadbiran Kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1999-2004, sumber pendapatan Terengganu tanpa royalti minyak hanyalah kira-kira RM180 juta sahaja.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, RM230 juta untuk pengurusan tapi kerajaan PAS Terengganu sentiasa membayar gaji kakitangan kerajaan negeri malah masih mampu menaikkan gaji Imam dan Bilal.

“Kadar kemiskinan di Terengganu mampu diturunkan dari tangga ketiga ke tempat ke empat sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan PAS Terengganu. Kita ada rekod dan fakta yang boleh disemak kembali bukan hanya sekadar ilusi!,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam program Santai Chit-Chat Anak Muda di Kampung Buloh Gading, Teluk Pasu, 25 Oktober, disini.

Menurutnya, fenomena kebangkitan gelombang anak muda sebagai agen perubahan politik Terengganu dapat disaksikan di mana-mana.

“Kalau tidak masakan hampir 10 ribu anak muda boleh dihimpunkan untuk berkonvoi sempena Fastaqim 2.0 dulu.

“Saiz konvoi ini boleh dimasukkan dalam Malaysian Book of Records,” tegas Dr Azman yang juga Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Pusat.

Jelasnya lagi, Kuala Nerus ada keunikan yang tersendiri. Ini kawasan Menteri Besar Terengganu. MB hanya mampu berkubu di DUN Seberang Takir dalam keadaan tiga DUN lain dan Parlimen Kuala Nerus sendiri dikuasai PAS.

“Di kawasan inilah ratusan ribu manusia berkumpul ketika Fastaqim 2.0 dan anak-anak muda yang ada di sini pada malam ini adalah antara nadi penting dengan curahan tenaga siang dan malam.

“Sehingga akhirnya telah memahat satu sejarah gemilang dalam menjayakan himpunan raksasa ini. Syabas dan sekalung tahniah saya ucapkan.” Ujar beliau.

Turut hadir dalam program bual bicara santai itu ADUN Teluk Pasu, Ustaz Hj Riduan Hashim dan Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus, Raja Arizal Raja Arif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️