Muslimat Perlu Kuasai Pelbagai Bidang
Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Muslimat PAS diseru agar menguasai pelbagai bidang ilmu untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) kali ke-14.
Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS kawasan ini, Ustaz Jamaluddin Jusoh berkata, ia adalah kerana, ‘sayap kiri’ parti itu akan memainkan peranan lebih besar dan bukan hanya berada di posisi tradisinya.
“mungkin Muslimat menjadi ‘Poling Agent Counting Agent’(PACA)…….menunjukkan banyaknya bidang untuk kita berjuang, untuk kita berjihad di jalan Allah,
“boleh jadi ada yang terpaksa memikul tugas bergantung kepada UPU dan keperluan masing-masing,“ jelas beliau
Ustaz Jamaluddin yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Terengganu berkata demikian pada program Munajat jentera Muslimat PAS Kawasan Dungun, di sini Rabu, 26 Oktober.
Selain kekuatan zahir, tegas beliau, ‘batiniah’ juga perlu diperkukuhkan kerana ia termasuk bab akhlak, sesuatu sangat perlu disebatikan dengan diri para pejuang kebenaran
“(kukuhkan) akhlak kita sebagai pejuang, jadikan baca al-Quran sinonim dengan kita, qiamullail, solat sunat dan infak kerana ini kekuatan kita, kekuatan rohani“, ujarnya lagi.
Justeru beliau mengajak para Muslimat yang hadir sentiasa berasa Allah sentiasa dekat dan kadangkala apabila berasa jauh daripada agama maka kembali semala, dengan banyakkan istighfar.
“Istighfar sebanyak mungkin, selawat sebanyak mungkin, banyak mana tidak kiralah…….asal duduk saja, kita selawat, asal duduk saja, kita zikir,” kata beliau memberi kata-kata motivasi kepada muslimat yang merupakan para petugas penting.
Sehubungan itu Ketua Muslimat DUN, Hajah Rugayah Mahmood memberi ingatan, bahawa berdakwah dan kempen adalah tugas mutlak muslimat.
“Dengan kehadiran hari ini yang amat memberangsangkan, kita mengharapkan muslimat yang hadir ini, akan juga turun pada program gempur pilihan raya yang sedang berjalan sekarang,” katanya dengan penuh bersemangat.
Menurutnya, untuk mengekalkan kemenangan jentera Pilihan Raya Muslimat perlu menjalankan kerja-kerja bancian dan penerangan dari rumah ke rumah sebanyak sebanyak mungkin menjelang PRU yang akan datang.