Kerajaan BN Terengganu Tidak Serius Soal Pertanian
KUALA NERUS – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak bersungguh dalam menguruskan sektor pertanian adalah antara punca, banyak infrastrukturnya terbiar dinegeri ini.
Ketua Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Terengganu, Ustaz Saharizukirnain Abdul Kadir berkata, tidak ada komitmen dan kerajaan hanya ‘ambil syarat’ ada, berbanding dengan aktiviti ekonomi lain.
“Banyak tanah-tanah yang pada asalnya tanah pertanian telah dijadikan tapak perumahan, bangunan dan sebagainya,
“Jadi kalau kerajaan betul-betul serius, tanah-tanah yang sesuai ni mesti digazetkan untuk projek pertanian dan tidak diubah kepada projek-projek lain,” ujarnya.
(Gambar – Hanya golongan tua sahaja yang aktif dalam bidang pertania khusunya penanaman sayuran dan buah-buahan)
Beliau berkata demikian ketika ditemui sedang melawat kebun tanaman ubi keledek di Kampung Pusu Tiga, Kuala Nerus, Selasa, 26 September, di sini.
Selain itu katanya, antara punca kemudahan asas pertanian yang banyak terbiar adalah disebabkan kekurangan minat dikalangan penduduk khususnya belia.
“Kita dapati sebahagian besar daripada mereka tak berminat untuk menceburi bidang pertanian kerana dikatakan tidak menghasilkan pulangan yang lumayan berbanding dengan kerja-kerja lain,
“Jadi insya Allah, PAS Terengganu jika diberi peluang memerintah negeri ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 14 nanti,
“kita akan buat perubahan dalam sektor pertanian sehingga Terengganu menjadi negeri maju dalam sektor pertanian,” tegas beliau.