NegeriTerengganu

Khairunisa’ Perkasa Peranan ADUN PAS Terengganu

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Pertubuhan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Rakyat PAS (Khairunisa’) membantu memperkasakan tugas-tugas dan peranan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu.

Ahli Jawatankuasanya, Hajah Rugayah Mahmood, yang juga isteri kepada ADUN Rantau Abang, mereka melebarkan lagi tugas-tugas wakil-wakil rakyat PAS dengan ziarah ke rumah-rumah di setiap kampung.

Katanya, dengan bertemu ahli-ahli qaryah, mereka menyelami dan menyantuni golongan wanita, yang hanya mampu disentu ‘rasa’ oleh sesama insan sejenis.

“Dengan harga barang naik mendadak, minyak naik setiap minggu, wanita atau ibu-ibu terpaksa keluar rumah untuk menampung perbelanjaan yang semakin bertambah,” jelas beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Dungun.

Beliau berkata, bagi ibu-ibu tunggal, tugasan ini amatlah sukar, kerana dibahu merekalah untuk mencukupkan perbelanjaan dan menyelesaikan masalah keluarga.

Rugayah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Long berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Masih Ada Yang Sayang di Kedai Makan Acid Corner, Jalan Baru Pak Sabah, di sini, pada selasa, 26 September.

Sebelum itu, ketika merasmikan majlis tersebut, Kak Long berkata, tujuan utama adalah untuk mendekati masyarakat yang kurang berkemampuan yang terdiri daripada ibu tunggal miskin dan keluarga miskin dalam menguruskan ekonomi rumahtangga.

“Kami bagi pihak yb akan sentiasa berusaha untuk membantu tugas suami kami selain itu dapat bermesra dengan rakyat seadanya”, ujar beliau.

Beliau juga mengajak semua yang hadir untuk bersama ke Himpunan FASTAQIM 2.0 sebagai tanda sokongan kepada perjuangan menegakkan syariat Islam di bumi Terengganu dan juga Malaysia.

Menurutnya, program yang merupakan anjuran bersama oleh Khairunnisa Kawasan dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Muslimat PAS Dungun telah menghimpunkan ibu-ibu tunggal seluruh Dungun itu turut mengagihkan sumbangan sekampit beras dan wang hasil sumbangan zakat orang perseorangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️