NegeriTerengganu

Bangkitlah! Usah Berdiam Diri, Negara Menuju Muflis!

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – “Sedarlah saudara-saudaraku! Kita tidak boleh lagi berdiam diri dalam keadaan negara menuju muflis. Bangkitlah!.”

Itulah luahan kata-kata Ketua Muslimat PAS Terengganu, Hajah Zarani Othman, mengajak rakyat yang cintakan Malaysia supaya bingkas, membetulkan semua kepincangan dan penyelewangan.

Beliau berkata, perubahan total mesti dilakukan pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) nanti.

“Inilah medan untuk tolak pemimpin yang rakus dan salahguna kuasa dengan memilih pemimpin yang amanah dan ikhlas memperjuangkan Islam,” ujarnya ketika diminta mengulas berkenaan Himpunan Fastaqim 2.0.

Zarani menambah, Fastaqim 2.0 bertujuan membangkitkan semangat dan komitmen seluruh ahli dan penyokong PAS untuk terus istiqamah memperjuangkan Islam.

“Mendepani segala cabaran yang ada bagi membangkitkan gelombang hijau ‘Hijau Menuju Kemenangan’ untuk kembali mempertahan Islam dan menyelamatkan negara dengannya,” tegas beliau.

( Gambar – Muslimat Terengganu mengadakan mesyuarat akhir sebelum Fastaqim 2.0)

Justeru itu katanya, sudah sampai masanya untuk seluruh rakyat Malaysia dan di negeri Terengganu khusunya memberi semula mandat kepada PAS untuk memerintah.

“Walaupun negara kita telah merdeka selama 60 tahun namun masalah yang menimpa negara saban hari semakin parah, pelbagai masalah salah tadbir dan urus negara,

“Sistem eKasih dengan peruntukan RM 1.3 billion……. gagal mengeluarkan belia daripada belenggu kemiskinan,” jelasnya.

Beliau turut kesal dengan gejala sosial yang semakin membarah, kelahiran anak tak sah taraf, penagihan dadah, seks bebas di kalangan remaja, ditambah dengan kos hidup yang semakin tinggi dengan harga barang yang semakin melambung.

“Rata-rata rakyat Terengganu yang ditemui berkata…….Terengganu antara negeri yang semua barang mahal belaka……..sangat menyedihkan bila mendengar kata-kata ‘Terengganu negeri kaya tapi rakyatnya miskin’,” katanya.

Sambil mengalu-alukan kehadiran para peserta Fastaqim 2.0, beliau mewakili semua anggota Muslimat Terengganu mengajak semua pihak  menunaikan janji dan taat setia kepada perjuangan Islam demi menyelamatkan negara tercinta ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️