‘Buah Tangan’ Hari Raya Untuk Guru PASTI
Oleh: Shahril Aswad
HULU TERENGGANU – Seramai 64 orang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dari seluruh kawasan ini menerima sedikit sumbangan hari raya, sempena Sambutan Hari Guru peringkat kawasan ini.
Pengarah PASTI kawasan, Ustaz Irham Nori Abidin berkata, disampaikan oleh Yang DiPertua Kawasan Hulu Terengganu, Haji Muhyidin Abd Rashid.
Katanya, pemberian ini hasil sumbangan para dermawan yang disalurkan kepada PAS Kawasan demi ingin melihat pendidikan islam terus berkembang.
Menurut beliau, sumbangan diberikan sebagai usaha menghargai jasa serta khidmat bakti guru-guru berkenaan dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai islam di PASTI.
“Ini sebagai ‘Buah tangan’ sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui seusai majlis tersebut pada Sabtu, 10 Jun..
Sementara itu Irham berkata, Jabatan PASTI tidak ketinggalan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan PASTI malah sentiasa menyokong dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab mendidik anak-anak dengan teras islam.
“Jutaan terima kasih kepada para guru yang ikhlas mencurahkan bakti kepada PASTI demi melihat kecemerlangan pendidikan berteraskan islam”‘ ujarnya.
“Terima kasih tidak terhingga juga kepada para dermawan secara berterusan memberikan infaq pada jalan ALLAH ini”. Tambahnya lagi.