NegeriTerengganu

KAMI Anjur Program ‘Kampung Media’

KUALA TERENGGANU – Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Terengganu akan menganjurkan satu program dengan kerjasama warga Kampung Bukit Tanah, Jabi, yang dipanggil sebagai ‘Kampung Media’.

Pengarah Kampung Media itu, Nazmi Ghazali berkata, ia adalah bertujuan untuk mendedahkan masyarakat kepada isu-isu berkaitan media disamping melaksanakan program kebajikan dan santai bersama masyarakat.

“KAMI turun bersama masyarakat…..setelah kita bersama pada musim banjir sebelum ini dalam program ‘Dapur KAMI’ dan kali ini kita akan bermalam di Kampung Bukit Tanah Jabi, Besut,

“bagi merasai dan menyelami kehidupan serta suka duka orang kampung dan membantu mereka dengan menghulur sedikit kebajikan,”ujarnya.

Menurutnya antara acara Kampung Media tersebut ialah Wayang Pacak, Media Bersamamu, Sukan Rakyat dan Jamuan Rakyat.

Selain itu, kata beliau, KAMI juga bersama Persatuan Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA) turut memberikan Khidmat Pemeriksaan Kesihatan Percuma kepada penduduk ‘qaryah terbabit.

Justeru itu, beliau berharap, semua penduduk kampung turun bersama-sama menyertai setiap acara yang diadakan dan hadiah istimewa akan diberikan kepada mereka yang bertuah.

“kita harap semua penduduk lelaki dan perempuan, tidak kira apa latar belakang mereka, biru atau hijau……bersama-sama dengan KAMI dalam setiap acara yang diadakan,” tambah beliau.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang memberikan sumbangan kepada program ini dan membuka peluang kepada semua untuk turut serta membuat kebajikan.

“KAMI akan memberikan bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan berupa barangan keperluan harian bagi menampung dan berkongsi sedikit kesukaran hidup mendepani cabaran ekonomi sekarang,

“mereka yang mahu bersama boleh menyumbang kewangan kepada Tabung KAMI melalui akaun Bank Islam KAMI MANAGEMENT No. 13053 01 0008281,” kata beliau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️