NegeriTerengganu

Ameerah Sedia Ruang ‘Bidang Kecantikan’

Oleh : Hani Halmi

KUALA NERUS – Ameerah sentiasa menyediakan ruang kepada remaja muslimah untuk melibatkan diri daripada pelbagai aktiviti siasah disamping tidak lupa dalam dalam bidang kecantikan.

Justeru itu, Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menganjurkan program ‘Muslimah dan Kecantikan’ bagi menambahkan ilmu ‘tabarruj’ yang dibenarkan menurut syariah.

Ketua Muslimat PAS Dun Seberang Takir Puan Hajah Fadilah Mohamad memberi ingatan berkata, alat solek semulajadi yang dianugerah Allah ialah ‘wuduk’.

“Alat solek yang diiktiraf oleh Allah ialah wuduk (dan) wuduk yang sempurna menjamin kecantikan luaran dan dalaman,

“bila dalaman cantik, dengan tidak secara langsung ia akan mencantikkan zahiriah seseorang,

“namun tak dinafikan bila sebut kecantikan memang kebanyakan wanita atau muslimah sangat suka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program tersebut di Markas Tarbiah Seberang Takir (MARTIS) pada Jumaat 24 Mac.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah tersebut Puan Naufal Kamaruddin bersyukur kerana penyertaan menggalakkan dari kalangan Muslimah muda.

“Alhamdulillah, program berjalan lancar dengan kehadiran peserta hampir 50 orang dan sambutan yang menggalakkan dan ramai muka-muka baru yang dapat dilihat dalam program kali ini,

“Semoga perkembangan positif ini akan terus berkembang di masa akan datang,” ujarnya.

Menurutnya, program yang berlangsung selama tiga jam itu banyak memberikan petua yang berguna kepada peserta dalam hal menjaga kecantikan dalaman dan luaran.

Sehubungan itu, Perunding Kecantikan produk terkemuka antarabangsa Puan Nur Fatimah Ghazali berkata, para Muslimah harus berhati-hati memilih produk kecantikan di pasaran.

“Sememangnya wanita inginkan kelihatan cantik untuk tampil lebih yakin apabila berhadapan dengan masyarakat,

“jadi haruslah berwaspada dalam memilih sesuatu produk,” tegasnya.

Beliau berkata, penjagaan kulit wajah yang betul adalah sangat penting, namun jangan terjebak dengan produk yang mengandungi bahan terlarang.

Katanya, sekira ‘salah pilih’ ia akan merosakkan kulit wajah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️