Banjir Di Teluk Pasu Semakin Pulih
Oleh : Ahmad Faizol
KUALA NERUS – Banjir yang melanda Teluk Pasu sejak beberapa hari lepas semakin pulih dan sudah ada mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, Ustaz Ridhuan bin Hashim berkata, keadaan banjir sudah semakin pulih dan air juga semakin surut, serta semua mangsa yang terlibat dijangka akan dibenarkan pulang pada hari ini.
“Keadaan…..situasi semasa banjir di DUN Teluk Pasu hari ini Alhamdulillah keadaan semakin pulih, air semakin surut”
“Walaubagaimanapun sebahagian besar mangsa banjir masih ada di pusat perpindahan dan kita jangka mungkin pada petang ini mereka akan pulang ke rumah masing masing,”ujarnya
Beliau bekata demikian ketika ditemui menziarahi dan menyampaikan bantuan banjir kepada mangsa di Kampung Banggol Peradong, di sini, hari ini 8 Januari.
Katanya, para petugas dari Unit (Jabatan) Amal akan mengadakan khidmat membersihkan rumah mereka, selain bantuan yang disumbangkan.
“Sekarang ini kita meninjau rumah-rumah mangsa dan kita akan menyampaikan sumbangan disamping khidmat bersih rumah mereka oleh Unit Amal,”jelasnya
Sementara itu, sukarelawan Jabatan Amal negeri Pahang Pahang telah sudi menabur bakti, membantu memberrsihkan rumah mangsa.
ADUN Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Jabar yang mengetuai delegasi tersebut berkata, mereka datang ke DUN Teluk Pasu bertujuan untuk membantu gerak kerja mencuci kediaman mangsa banjir disamping menyampaiakan bantuan.
“Kami datang seramai lima puluh dua orang petugas……datang untuk membantu gerak kerja mencuci termasuk membawa barang sumbangan untuk meringankan bebanan kepada mangsa banjir”
Beliau juga berharap agar mangsa tabah dengan dugaan banjir yang telah menimpa mereka baru-baru ini.
“Kami mengingatkan pada penduduk agar tabah dan sentiasa bersyukur serta mengambil hikmah daripada apa juga yang Allah swt kurniakan pada kita ini,”tambah Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
https://youtu.be/8jL1IGX9U7g