NegeriTerengganu

NGO Berganding Bahu Bantu Mangsa Banjir

HULU TERENGGANU – Banjir yang telah melanda dua DUN dalam daerah ini, turut dibantu oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berganding bahu, bersama-sama membantu penduduk menghadapi keadaan masa sukar

Pengerusi Yayasan Amal Malaysia cawangan Terengganu, Dr. Haji Suhazeli Abdullah berkata, walaupun bah sudah surut, kerja-kerja pasca banjir baru bermula.

“Walaupun hari sudah cerah dan sudah terang dan kebanyakan rumah sudah boleh dinaiki, tetapi proses-proses selepas dari banjir masih lagi diperlukan terutama sesi pembersihan rumah yang penuh berselut, dan kotor,

“Alhamdulillah dan kami datang untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan bersama dengan kita juga pasukan Media Indepedenen ( KAMI) yang memberi bantuan khusus dalam masak-memasak iaitu dapur kami, untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang sibuk membersihkan rumah masing-masing,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membuat kunjungan ke program ‘Dapur Kami’ anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) di Kampung Kepah, Telemong, di sini pada Jumaat 6 Januari.

Pada masa beliau mengharapkan kerjasama semua pihak untuk terlibat dalam semua urusan tersebut dan dapat memberi keselesaan kepada mereka yang ditimpa musibah itu.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Perubatan Ibu Sina (PAPISMA) Dr. Mujahid Zakaria berkata, pihaknya memberikan khidmat perawatan percuma disamping sumbangan bagi meringankan tekanan dan beban mangsa.

“mungkin kita pergi kepada mengagihkan sumbangan ini kepada tempat-tampat yang memerlukan, selain itu juga para doktor daripada PAPISMA akan turun untuk bersama-sama masysarakat dan melihat keperluan yang diperlukan masyaarakat,

“yang mana trauma selepas banjir dan juga, melihat penyakit-penyakit yang berkaku selepas banjir ini,“jelasnya.

Beliau yang turut sama memberikan ubat kepada penduduk Kampung Kepah berkata, lima doktor dari NGO beliau yang memberikan khidmat setiap hari di kawasan yang telah dilanda banjir.

Sehubungan itu, seorang penduduk tempatan, Hassan Jusoh (Gambar bawah) menceritakan ‘keperitan hidup’ kerana di landa banjir sebanyak dua kali dalam masa seminggu.

“banjir yang pertama 1 Januari, disusuli banjir yang kedua pada 4hb, maknanya masa tu, banjir yang kedua tu banyak orang yang sudah simpan (berkemas) pada banjir yang pertama tu,

“maknanya (air) meningkat tak ‘dan’ (tidak sempat) jaga (berawas) dah, mari cara mengejut, (air banjir) mari dari pukul 3 pagi sampai ke pukul 6 petang, hujan berterusan dengan kilat gitu ginilah. Bahkan barang tak sempat nak pindah,”cerita Hassan.

Menurut beliau di kampung tersebut dua keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan kerana rumah mereka terjejas teruk.

“Air kalau di surau ni pada paras 4 kaki, paras pinggang, kalau dekat rumah saya air 3 kaki tapi air terlampau laju,

“Barang dok sempat selamatlah, maknaya, barang-barang berat tu, barang-barang ringan bolehlah selamat, peti tenggelam air, nak mintak tolong orang , masing-masing jaga rumah masing-masing,“katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️