NegeriTerengganu

Ziarah Kebajikan; Pemuda Belanja RM40 ribu

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negegeri Terengganu (DPPNT) memperuntukkan dana sebanyak RM40, 000 bagi melaksanakan Misi Ziarah Kebajikan ke seluruh negeri.

Ketua Kebajikan dan Prihatin Masyarakatnya Ustaz Ramlan Mahmood berkata, bagi tujuan itu, anggaran sebanyak RM1000 sehingga RM1300 akan diagihkan kepada setiap DUN.

“DPPNT telah memulakan langkah misi kebajikan ini semenjak pertengahan tahun lalu lagi……kami telah menziarahi 20 DUN daripada 32 DUN yang ada keseluruhannya di Terengganu ini.

“Sebanyak RM1000 sehingga RM1300 ribu diperuntukkan setiap DUN bagi menjayakan misi kami ini dan dianggarkan jumlah keseluruhan sumbangan adalah kira-kira RM40 ribu apabila berakhir program ini sebelum April 2017 nanti,”terang beliau ketika dihubungi semalam,

Menurutnya, program tersebut bertujuan menghulurkan bantuan dari DPPNT kepada golongan yang tidak berkemampuan yang dipilih oleh DUN.

Katanya, Kampung Surau Panjang yang terletak di dalam DUN Bukit Payong, telah dipilih sebagai kampung pilihan pada hujung mingga lalu.

” sebanyak 10 buah rumah telah dikenal pasti sebagai sasaran dalam misi itu,”tambah beliau

Turut sama dalam program itu ialah Adun Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Sulaiman Sulong, Ketua Pemuda PAS DUN Bukit Payong, Ustaz Ahmad Buniyamin Ramizi serta wakil-wakil DPPNT dan Pemuda DUN.

Ditanya adakah program ini program tahunan DPPNT, Ustaz Ramlan menjelaskan ini adalah kali pertama program seumpamanya diadakan dan beliau yakin dengan sambutan masyarakat, program ini akan menjadi program tahunan DPNT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️