NegeriTerengganu

Karnival Hari Keluarga Rusila Meriah

Oleh : Ahmad Faizal dan Sumaiyyah

MARANG – Karnival Hari Keluarga Rusila 2016 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam disambut meriah dengan seramai 400 orang penduduk Kampung Rusila menghadiri program tersebut.

Mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang To’ Puan Seri Hajjah Zainab Awang Ngah mengucap syabas dan syukur di atas kejayaan program tahunan itu..

“Syukur, alhamdullilah di atas kejayaan penganjuran karnival ini yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan,

“pada masa yang sama kita mengharapkan penganjuran itu dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama masyarakat,”ujar beliau.

Beliau berkata, dengan penganjuran karnival seumpama itu akan dapat mengumpul penduduk setempat, kenal mengenal antara satu sama lain dan menngkat silaturrahim.

Karnival yang telah dianjurkan bersama PAS Cawangan, Pemuda dan Muslimat Cawangan berkenaan, penuh warna warni itu berlangsung di Dewan Tok Guru, Rusila di sini.

Selain To’ Puan Seri Hajjah Zainab Awang Ngah, anakandanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi hadir dan bersama menyertai beberapa dalam  program itu.

Beliau berkata, walaupun mungkin nilai hadiah yang disediakan tidak seberapa harganya, namun ia memberi nilai ‘sentimental’ yang amat tinggi pada anak-anak.

Khalil seterusnya berharap, usaha seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

”Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas diatas kejayaan penganjuran Karnival ini dan mengharapkan objektif penganjuran mencapai matlamatnya.

Pelbagai acara yang dipertandingkan sempena karnival kali ini yang melibatkan pelbagai kategori peringkat umur.

Antaranya memancing, tarik tali, motosikal lambat, gula-gula dalam tepung, sepak raga bagi pemuda.

Manakala untuk para ibu dan muslimat disediakan pertandingan musang berjanggut, kupas epal, baling bola ping pong dan kanak-kanak acara yang mendapat sambutan adalah pertandingan mewarna dan bola ping pong bersudu serta ikat kaki tiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️