NegeriTerengganu

Angin Kencang Dan Laut Bergelora ; Hakisan Mengabang Telipot Bertambah Parah

KUALA TERENGGANU – Jabatan Meteorologi Malaysia telah memberi amaran, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) .

Kenyataan yang dikeluarkan semalam kelmarin menyatakan, ia dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak sehingga Sabtu, 31 Disember 2016.

Menurut laman sesawang Jabatan itu, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Khamis, 29 Disember 2016.

Oleh itu, pada malam ini, Rabu 29 Disember, ‘mimpi ngeri’ yang menghantui penduduk sekitar pantai Tanjung Gelam dan Mengabang Telipot, menghadapi fenomena alam itu, terjadi.

Hakisan teruk melanda jalan pantai di kawasan terbabit akibat kerajaan lambat bertindak mengatasinya.

Pada 13 Disember lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim Abdul Karim menggesa kerajaan agar meluluskan peruntukan segera supaya pembinaan pemecah ombak diluar pantai dapat dibuat.

Namun begitu, amaran dan peringatan yang disampaikan oleh penduduk melalui wakil rakyatnya itu tidak diendahkan kerajaan.

“kita harap pihak ‘federal’ menyegerakan kelulusan untuk kita membina ‘offshore breakwater’ supaya kakisan ini dapat terkawal,

“dan (kerana) kita bimbang khazanah pantai negeri Terengganu akan hilang dan kita harap kerajaan serius, (walaupun) kita faham (kerajaan hadapi) kemelut ekonomi dan kekangan kewangan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan bersama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir C. Poobalan meninjau kerja-kerja mengawal hakisan dikawasan terjejas itu.

>>> Berita lanjut menyusul

Berita sebelum ini;Mangsa Hakisan Gesa Kerajaan Bertindak Segera

Pekan Kecil Mengabang Telipot Bakal Lenyap ‘Ditelan Laut’Hakisan; Segerakan Peruntukan, Elak Khazanah Jadi Sejarah

https://youtu.be/lXuBCmwA0S0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️