PAS Terengganu Lahirkan 1000 Nuqaba’
MARANG – PAS Terengganu melalui Lajnah Tarbiyahnya berjaya melahirkan 1000 nuqaba’ yang bersedia memikul tanggungjawab sebagai penggerak agenda tarbiyah di peringkat kawasan, DUN dan cawangan.
Ini dijelaskan oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat dalam Majlis Ijtima’ Niqaba’ PAS Negeri Terengganu 2016 di Angulia Beach Resort, Marang pagi ini.“Tarbiyah adalah nadi dan tulang belakang gerakan Islam, ianya telah dibina oleh Nabi Muhammad SAW lagi,”
“Masyarakat Mekkah yang berada di kawasan kering kontang, jauh daripada empayar tamadun manusia yang berjaya, namun mereka berjaya menjadi para pengikut dan pejuang yang akhirnya berjaya menawan dua pertiga dunia,” jelas YB Ustaz Saiful Bahri yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Tambah beliau lagi, Penduduk Mekkah tersebut adalah terdiri daripada manusia biasa yang mendapat sentuhan tarbiyah daripada Baginda Rasulullah secara langsung. Hasil daripada proses tarbiyah ini telah berjaya melahirkan ‘Generasi Al Quran’.
“Kita.. setelah 14 abad, masih memiliki sumber yang boleh dijadikan rujukan iaitu Al Quran dan Hadis yang terpelihara dengan baik,” jelas beliau lagi.
YB Ustaz Satiful Bahri mengharapkan agar seluruh Nuqaba’ yang hadir agar dapat melahirkan usrah disemua peringkat dengan jumlah ahlinya antara 10 hingga ke 12 orang.
Program Ijtima’ kali ini telah dihadir 300 nuqaba’ seluruh negeri Terengganu. Turut hadir dalam majlis ini Hj Yahya Ali dan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.