Kursus Lahirkan Sukarelawan Pengurusan Jenazah
KUALA NERUS – Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan bersama Lajnah Kebajikan DUN Tepoh bersama pihak surau Darul Hidayah Bukit Berangan bertujuan melahirkan pelapis-pelapis baru yang akan berkhidmat dam menyempurnakan tuntutan fardu kifayah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata sasaran program itu ialah dari kalangan anak muda.
“saya melihat kehadiran pada sebelah pagi tadi lebih daripada separuh adalah daripada kalangan anak-anak muda yang akan menggalas tanggungjawab untuk melaksanakan tanggungjawab pengurusan jenazah secara praktikal selepas pada ini.
“saya syorkan supaya mereka kenal pasti nama-nama ini dan mereka dikerahkan dengan sesungguhnya bersama dengan pengurus jenazah lain di pelbagai tempat menerima ilmu secara lebih praktikal selepas pada ini,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui, bersama para peserta, meninjau kursus tersebut pada Ahad 18 Disember.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pembimbing Kursus Haji Awang Bin Yaakob, yang juga imam surau itu, yang ‘menghidupkan’ kelas-kelas agama bagi mendidik ahli-ahli qaryah.
“Kita juga ucapkan tahniah kepada surau ini, ahli qaryah dan penduduk kampung sekitar surau Darul Hidayah yang menganjurkan kelas KAFA,
“surau Darul Hidayah yang memainkan peranan yang penting dalam membimbing masyarakat Kampong Bukit Berangan. Alhamdulillah, kedua dua program (KAFA dan Pengurusan Jenazah) ini berjalan dengan lancar dengan berjaya secara keseluruhan,”jelasnya.
Sehubungan itu, Haji Awang yang dikenali dengan panggilan ‘Pak Za’ berkata, program pengurusan jenazah itu merupakan program tahunan surau itu.
“Kita mulakan dengan pukul 8 pagi tadi, dengan kehadiran yang memuaskan……67 orang daripada……semuanya dapat memerhati dengan sepenuhnya bagaimana pengurusan sebelum mati,
“bagaimana nak solat dalam keadaan sakit dan seterusya nak jaga ibu bapa dalam keadaan nazak kesakitan. Kita terus pergi kepada menyiapkan kain kafan, memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, seterusnya solat jenazah……dan kita tak sempat mengkebumikan jenazah,”katanya.
Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran YB Ustaz Hishamuddin yang sudi bermesra bersama keluarga di kampung itu, dan menyampaikan hadiah dan penutupan Ihtifal Kelas Fardhu Ain.
“kehadiran Ustaz, amat kita hargai dan kita menunggu dan (untuk) dapat nasihat tunjuk ajar dari Ustaz untuk menjadi panduan kami di sini,”tambahnya
https://youtu.be/dMo4MTz0hVA