NegeriTerengganu

Skuad Tarbiyah Ameerah Anjur ‘Talaqqi Al- Quran Bersanad’

KUALA TERENGGANU – Skuad Tarbiyah Ameerah Terengganu sedang giat memberi pendidikan dan ilmu agama kepada masyarakat dengan mengadakan kelas mengaji, kelas fardhu ain, fiqh wanita, edaran risalah dakwah.

Ketua Ameerah Terengganu Zuraidah Mohd Nor berkata, sasaran pergerakan itu adalah masyarakat yang mencari ilmu di kalangan anak-anak muda yang memerlukan bimbingan,.

“Dalam konteks politik kami sasarkan wanita muda dan kami dekati mereka dengan memberi ilmu agama, berdakwah sekaligus kempen kepada PAS,

“Skuad Tarbiyah ditubuhkan tahun 2014 atas inisiatif Jawatankuasa Ameerah negeri Terengganu untuk melahirkan pimpinan yang berilmu , memantapkan akidah perjuangan dan mendidik masyarakat,”ujarnya.

Justeru itu, yang terbaru, menyedari kepentingan al-Quran sebagai cahaya petunjuk kepada setiap insan, skuad tersebut menawarkan Kelas Pengajian Talaqqi Al- Quran Bersanad.

“Kelas Pengajian Talaqqi Al- Quran Bersanad ini terhad 30 orang pelajar sahaja dan ia memberi peluang kepada masyarakat awam untuk belajar al-Quran secara talaqqi serta membetulkan bacaan dan sebutan huruf.

“tenaga pengajar yang berpengalaman luas didatangkan khas dari Pusat Pengajian Al Quran Bersanad di Madinah Nasr, Kaherah, Mesir.”jelas beliau.

Oleh itu, beliau mempelawa orang ramai menyertai kelas tersebut yang akan diadakan secara intensif, sebanyak empat kali seminggu.

Sebarang pertanyaan, kata beliau, mereka yang berminat boleh menghubungi beliau sendiri di talian 019-9454911 atau oleh menghubungi Ustaz Fatah di talian 011-39172261

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️