Krisis Dalaman Umno Akan Berlanjutan
SETIU – PesuruhJaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat yakin, kemelut yang berlaku kepada UMNO dan Barisan Nasional di negeri ini akan terus berlanjutan selepas sidang DUN 8 Ogos berakhir.
Menurutnya PAS tidak akan campur tangan dalam kemelut yang berlaku dan berharap rakyat tidak akan di heret bersama yang ketika ini menghadapi kos sara hidup tinggi.
“ADUN Ajil sebut, awal lagi tiup wisel, mainan tak habis lagi…….jadi kita faham lah apa maksud dia……dan memang Adun Kijal (Ahmad Said) ada perancangan lain,”katanya.
Beliau berkata demikian dalam mengulas pertemuannya bertemu dengan ADUN tersebut sebaik selesai sidang DUN di Wisma Darul Iman semalam.
Namun sebaliknya, Menteri Besar Ahmad Razif telah mengisytiharkan, isu politik yang melanda parti Umno telah selesai.
Ustaz Satiful yang juga merupakan ADUN Paka berkata demikian di sesi dialog bersama rakyat di Kampung Padang Polis,Batu Rakit, di sini, pada Isnin malam.
Beliau menegaskan, PAS akan terus dengan perinsip dan dasar yang didokong selama ini dan bersedia untuk memerintah negeri jika berlakunya pilihan raya umum kali ke-14, yang di jangka akan diadakan pada tahun hadapan.“Perdana Menteri tidak boleh tunggu lama lagi dalam suasana sekarang……kita ambik pendekatan pilihanraya (dan) kita tidak setuju dengan rampasan kuasa seperti yang berlaku pada kita di Perak dahulu,“kita tidak akan buat UG dengan UMNO…..jangan susahkan rakyat…kita minta pilihan raya diadakan dan serah (mandat) kepada rakyat jika masaalah ini tidak selesai,”jelasnya ketika menjawab soalan hadirin berkenaan usul undi tidak percaya yang menjadi sensasi sebelum bermulanya sidang DUN.
Mengulas laporan Sarawak Report yang menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Umno, beliau menyifatkan ianya juga adalah satu fitnah, cuba mengaitkan bahawa PAS ingin berpakat dengan Umno.
Dalam majlis itu, beliau turut menjelaskan pelbagai isu seperti 1MDB, RUU 355 dan LPT2, selain isu terbaharu berkenaan Akta berkait Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baru di luluskan.
Undang-undang tersebut, menurutnya, memberi kuasa kepada PM bagi membolehkan beliau mengisytiharkan ‘darurat’ dianggap adalah satu penindasan kepada rakyat.
Sementara itu ADUN Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik dalam ucapannya berharap agar masyarakat peka dengan media baru untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang boleh dipercayai.
Turut hadir dalam Dialog Sempena Sidang DUN itu ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir dan Pengerusi MTD Batu Rakit Ustaz Mohamad Nazari Alias.