NegeriTerengganu

Alam Ria PASTI Hulu Berlangsung Dengan Meriah

HULU TERENGGANU – Program Alam Ria Pusat Asuhan Tunas-tuan Islam (PASTI) peringkat Kawasan Hulu Terengganu tahun 2016 yang berlangsung dengan meriah, telah melabuhkan tirainya.

Pengarahnya, Muhammad Hafiz bin Jusoh mengucapkan syabas dan tahniah jepada semua waga PASTI kawasan yang telah bekerja keras mendidik anak-anak kecil, sehigga berjaya mempersembahkan yang mengkagumkan.

“Penat lelah masih terasa, namun terubat dengan memori indah dan segar dengan suasana riang dan meriah dek pelbagai ragam dan telatah anak-anak kecil (PASTI).“Persembahan mereka mengagumkan walaupun pada usia yang masih terlalu muda. Mereka berbakat serta berani ke hadapan menampilkan persembahan yang terbaik hasil didikan, tunjuk ajar dan latihan guru-guru dengan kerjasama ibu bapa,”ujarnya.

Oleh itu katanya, sanjungan tinggi sewajarnya dianugaerahkan kepada para guru PASTI yang yang penuh berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Katanya anak-anak kecil itu, akan menjadi dewasa dan menjadi pemimpin masa hadapan bagi mengisi ‘lompang’ yang ditinggalkan generasi sekarang .

Justeru beliau mengucapka tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut.

“Pada kesempatan ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah buat semua pihak……………..AJK Jabatan PASTI Hulu Terengganu, AJK Pelaksana Alam Ria, Madrasah Darul Al-ansar, Pemuda, Jabatan Amal, Guru-guru PASTI dan Ibu bapa yang sangat berjasa dalam membantu dan menjayakan Alam Ria bagi tahun ini,”

“sesungguhnya tiada ungkapan yang layak untuk diluahkan. Semoga Allah memberi ganjaran yang lumayan ‘di sana’ nanti,”kata beliau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️