Jelaskan Kepada Rakyat ‘Kebobrokan’ Umno Dan BN
SETIU – Tindakan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman mempertahankan Barisan Nasional namun membiarkan kemelut politik di negeri ini disifatkan sebagai ‘angkuh’.
Ketua Penerangan Muslimat PAS Terengganu Maznah Muftahuddin berkata, ia menggambarkan ketakutan Umno dan terus menjadikan rakyat sebagai mangsa.
“Kenyataan Menteri Besar yang nak mempertahankan Barisan Nasional dengan terus membiarkan kemelut politik di Terengganu kerana takut kerajaan beralih kepada PAS di mana rakyat menjadi mangsanya,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Program Jelajah Siti Khadijah (JELAS) yang diadakan di Dewan Lukman Hakim, Guntong, Sabtu 6hb Ogos.
Ketua Muslimat PAS Setiu itu menyeru para Muslimat yang hadir menerangkan kepada rakyat tentang pelbagai isu yang telah didedahkan kepada rakyat tentang ‘kebobrokan’ pemerintaha kerajaan Umno dan Barisan Nasional.
“pelbagai isu tentang keangkuhan, kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan oleh parti pemerintah
“disinilah peranan kita, kita nak menerangkan kepada rakyat, kita nak menerangkan kepada masyarakat bahawa apa yang berlaku sekarang menuntut kita seluruh rakyat terutama di bumi Terengganu bangun untuk membuat perubahan,”
“kita bukan nak menyerang, kita bukan nak hentam, bukan kita nak kata parti pemerintah tak betul,, kerajaan tak betul dan sebagainya, tetapi kita nak menerangkan bahawa Islam ‘is the way of life’, Islam membawa rahmat bagi sekelian alam,”tegasnya
Program JELAS adalah susulan daripada satu program JELAS yang diadakan di peringkat pusat dan diteruskan di peringkat negeri dengan memulakan dengan Zon 3 iaitu Setiu dan Besut dan telah dihadiri oleh 140 orang peserta.