NegeriTerengganu

Agih RM15,000.00 Bantuan Persekolahan

Oleh : Mohd Tishaah Hamzah

KEMAMAN – PAS DUN Kemasik agihkan RM15 ribu untuk bantuan persekolahan sempena ‘Sehari Pimpinan PAS Kemaman bersama masyarakat DUN Kemasik’

Sebanyak RM15 ribu diagihkan kepada ketua keluarga dan penjaga sebagai bantuan persekolahan sempena dengan program ‘Sehari Pimpinan PAS Kemaman bersama masyarakat DUN Kemasik’ di Unit Peti Undi (UPU) Rantau Petronas, Kerteh hari ini.

Pengarah PAS DUN Kemasik, Amri Mamat (gambar – berbaju hijau) memaklumkan sambutan dari masyarakat setempat amat menggalakkan.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti dilaksanakan dengan kerjasama dari Ahli Jawatankuasa UPU Rantau Petronas ini sendiri.

Pengarah PAS DUN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepasa semua yang terlibat samada Ahli Jawatankuasa UPU, PAS Cawangan Kg. Baru Kerteh, PAS Cawangan Taman Selasih dan pengurusan Surau Hijau, Taman Selasih serta Yang DiPertua dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman.

Ketua Pemuda PAS DUN, Ir. Saiful Azmi Suhaili berkata, aktiviti gotong royong membersih longkang keliling rumah mendapat kerjasama dari pasukan Bomba dan Penyelamat Kerteh dan beliau mengucapan ribuan terima kasih atas kerjasama tersebut.

Ir Saiful Azmi memaklumkan bantuan sebanyak RM15 ribu tersebut merupakan bantuan untuk pelajar sekolah seramai 8 buah keluarga dalam DUN Kemasik ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️