NegeriTerengganu

Gelora Felda 2: Generasi Kedua Persoal Pembinaan Rumah Untuk Mereka

DUNGUN – Generasi kedua mempersoalkan pihak berkuasa tentang Projek Generasi Baru FELDA (PGBF) khususnya pembinaan rumah untuk mereka.

Wakilnya Mohd. Osman Rani, 40, berkata seolah-olah ada ‘permainan’ kerajaan Negeri Terengganu dan pihak FELDA dalam perkembangan perjalanan rumah generasi baru itu.

“Saya merujuk tempat saya sendiri , Kerteh 5 yang mana, kita dapati projek ini bermula tahun 2014, tapi sekarang dah masuk 2016 , kita tengok sini agak perlahan dia punya ‘progress’,

“Dan kita rasa seolah-olah ada permainan di situ, jadi kita meminta kepada kerajaan Negeri Terengganu khasnya ataupun pihak FELDA sendiri turun (terangkan) macamana kaedah untuk kami tahu macamana perjalanan rumah generasi baru itu,”kata beliau.

Katanya, apa yang dapat kami petik daripada daripada satu berita di Negeri Pahang, kerajaan negeri sudah beri peruntukan RM 300 juta untuk membaikpulih rumah generasi kedua.

“Tetapi kenapa di Negeri Terengganu masih terlalu perlahan untuk perjalanan perkembangan perumahan ini.

“Itulah yang kita nak tau, nak kita harap kerajaan negeri ambil cakna apa yang diwar-warkan untuk cakna bagi generasi kedua FELDA,”tegasnya ketika berucap pada program ‘Sudut Pidato’ pada Selasa lalu.

Mengulas lanjut katanya, menurut ‘Dasar-dasar FELDA’ mereka layak untuk pendapat pembiayaan rumah.

Katanya, FELDA ada kaedah pembiayaan rumah samada pembiayaan secara tunai bagi golongan yang mampu, dan melalui pinjaman bank.“dan kita sendiri tahulah maklum, generasi FELDA ni, tidak mampu beli secara tunai (sebaliknya) secara pinjaman bank, sesetengah generasi FELDA tidak layak kerana mereka tiada slip gaji (yang) menjadi masalah kepada kita,”katanya lagi.

Manakala, satu cara lagi, kata beliau adalah melalui pembelian secara sewabeli.

Tetapi apa yang beliau tahu, kaedah itu tidak dilaksanakan kepada generasi kedua FELDA sedangkan, ia adalah penyelesaian terbaik.

Oleh itu, beliau menggesa pihak berkaitan melakukan satu perubahan dalam masa terdekat, kerana mereka tekah menunggu sekian lama.

“Kita sedia maklum generasi kedua FELDA memang tiada rumah, memang buat rumahpun di belakang-belakang rumah mak ayah je.

“Jadi kita minta ada tindakan daripada FELDA dan saya boleh tunjukkan progres yang ada perumahan di Kerteh 5 ini, ada yang cuma, dapat maklumat tadi ada empat orang pekerja sahaja yang bekerja,”kata beliau kesal.

Sepatutnya untuk projek besar yang melibatkan 2, 3 fasa, sudah tentu melibatkan ramai pekerja bagi menyiapkannya dalam kadar segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️