NegeriTerengganu

Gelora Felda 3; Jualan Sawit Tidak Dibayar Sepenuhnya

DUNGUN – Masih ramai peserta Felda Kerteh 5 di disin yang belum menerima bayaran jualan hasil sawit mereka bahkan sebahagiannya hanya menerima 20 peratus sahaja pembayaran sebelum syawal.

Aripin Yusof, 64, mewakili rakan-rakanya, melahirkan rasa tidak puas hati, kerana tidak dapat menikmati hasil ‘titik peluhnya’ sepenuhnya menjelang hari raya, walaupun harga komoditi itu meningkat.

“memanglah menjadi kebanggaan kepada kami, peneroka kalau jual buah ke FELDA kerana harga sawit, harga buah tandan baik (BTB) FELDA meningkat sedikit.

“Tetapi kebelakangan ini, semenjak sebelum raya lagi, kedapatan di FELDA Kerteh 5 ini pembayaran bagi jualan BTB ke FELDA telah berlaku perkara yang tidak diingini, seperti 20% bayar, contohnya kita jual RM1000, kita hanya dapat RM200 sahaja sebelum raya baru ni,

“dia buat dua kali pembayaran (dibuat) dan sehingga hari ini, difahamkan masih lagi terdapat mereka-mereka yang tidak mendapat bayaran tersebut,”ujarnya.

Jadi, kata beliau, amat-amatlah dukacita, kerana peneroka FELDA dianggap lebih baik sekali kalau dibandingkan dengan penduduk kampung tradisi.

Tetapi sebaliknya, beliau mendakwa para peneroka FELDA tertekan dengan keadaan ekonomi yang masih begitu teruk, menghadapi kesan kenaikan harga ekoran perlaksanaan GST.

“apa lagi dengan buah yang tidak dibayar……….saya mengharap sangatlah supaya suara saya boleh didengar oleh pemimpin-pemimpin yang sentiasa memutarbelitkan kenyataan,

“bahawa FELDA nilah satu tempat orang Melayu boleh cari makan, tapi yang sebenarnya memang tak boleh cari makan,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️