Selenggarakan Infrastruktur Ikut Jadual Untuk Elakkan Kesulitan
DUNGUN- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun menggesa pihak berwajib agar melaksanakan penyelenggaraan infrastruktur termasuk longkang dan perparitan menurut jadual, agar sebarang masalah dapat dielakkan.
“(ia) memerlukan perhatian daripada pihak berwajib haruslah dijadikan satu tugasan yang dijadualkan demi mengelak sebarang keadaan luar jangka seperti banjir dan kerosakan,”ujarnya.Beliau berkata demikian, selepas meninjau keadaan longkang besar sepanjang Kampung Pak Sabah sehingga Sungai Sura selepas menerima aduan dari para penduduk sekitar.
Katanya, dengan pelbagai tumbuhan yang hidup dalam longkang tersebut kemungkinan aliran air akan tersekat amatlah tinggi bila hujan lebat berlaku.
Namun beliau kesal kerana pihak berkenaan membersihkan tali air tersebut hanya menggunakan ‘pencakar ayam’ (gerak).
Pokok kiambang dengan pasir (di tengah) tengah dia bersih dengan menggunakan ‘gerak……….setakat mana sangat, kiambang kalau dengan (bersih) dengan ‘gerak’ tu dok habis.
“Zaman kita (PAS) memerintah (dulu), kita guna ‘excavator’ (atau pasir) yang dalam dia guna ‘traktor’ kecil untuk buang pasir. Sekarang dia guna gerak……….sekejap je dia akan tumbuh,
“dengan air buangan (dari) hospital, dia merangsang pertumbuhan pokok itu. Pernah tersumbat dah baru-baru ini 2 jam hujan (turun), (air dah) penuh, sebab tak boleh (mengalir) tembus jalan ke batu 49,”jelasnya.
Sebelum itu, Ketua Penerangan PAS Dungun itu mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Dungun kerana menyelesaikan masalah takungan air di kawasan Kampung Paya Besar.
“Terimakasih kepada MPD yang mengambil tindakan segera dengan menebuk longkang di Kampung Paya Balai Besar yang mendapat rungutan daripada penduduk setempat.
“Air hujan yang bertakung dia atas jalan yang tidak dapat mengalir ke longkang,”katanya.Selain itu, beliau turut mengutarakan status Jalan Kampung Rajawali di Pulau Serai yang sampai sekarang belum dibaiki.
Katanya, walaupun telah dibuat pertanyaan dalam Dewan Undangan Negeri yang lalu, namun tiada perubahan yang berlaku.
“menurut penduduk setempat ada, beberapa kali pegawai yang berkaitan datang untuk membuat tinjauan dan siasatan,
“sehingga sekarang penduduk kampung telah mengambil tindakan sementara dengan menampung jalan rosak tersebut dengan menggunakan simen sahaja yang tidak tahan lama hanya untuk sementara,”ujar beliau lagi.